MotoGP: Triumph Disahkan Sebagai Pembekal Enjin Moto2 pada 2019

Advertisements
  • Triumph telah menandatangani perjanjian dengan Dorna

  • Enjin 600cc 4-silinder Honda akan digantikan dengan enjin 765cc tiga silinder

  • Enjin sama yang digunakan untuk motorsikal 2017 Triumph Street Triple

Setelah sekian lama ura-ura berkeliaran di laman web, Triumph telah disahkan sebagai pembekal enjin utama MotoGP dalam kategori Moto2 mulai 2019. Berita ini telah pun dibincangkan sejak beberapa bulan lepas tetapi Triumph berjaya menandatangani perjanjian bersama Dorna sebagai pengganti Honda dalam kategori Moto2.

Enjin yang akan digunakan dalam kategori Moto2 mulai 2019 adalah jenis 765cc, 3-silinder, DOHC 12 –injap yang digunakan untuk motor middleweight keluaran terbaru Triumph iaitu 2017 Street Triple. Enjin baru ini telah diambil dari Daytona 675 dengan tambahan kapasiti dan juga lebih 80 bahagian enjin yang baru.

Mengikut model RS (spesifikasi tertinggi Street Triple), enjin ini mampu menjana 121hp @ 11,700rpm dan tork maksimum 76.8Nm @ 10,800rpm. Spesifikasi yang akan digunakan untuk kategori Moto2 pastinya akan jauh berbeza dari yang tertera di atas.

Sejak 2010 lagi, kategori  Moto2 telah menggunakan enjin 600cc yang diambil dari Honda CBR600RR. Pada masa tersebut, motorsikal jenis middleweight merangkumi pasaran terbesar dalam kategori motorsikal berkuasa tinggi dan Honda dapat menjana keuntungan yang tinggi lebih-lebih lagi dengan promosi melalui Moto2. Akan tetapi, kategori ini semakin sepi dengan adanya motorsikal berkapasiti lebih besar yang mampu dibeli dengan harga yang tidak jauh bezanya.

Sebab ini juga Honda tidak mengeluarkan CBR600RR terbaru bagi tahun 2017. Tanpa model untuk dijual, penggunaan enjin dalam Moto2 tidak dapat mempromosi apa-apa produk terbaru mereka. Keuntungan tidak akan tercapai jika promosi dilakukan untuk produk yang tidak ada untuk dijual.

Setelah membuat keputusan untuk tidak meneruskan usaha dalam Moto2, Dorna perlu mencari pengganti yang sesuai untuk meningkatkan populariti Moto2. Bagi ramai peminat, Moto3 dan MotoGP mendapat lebih banyak perhatian jika dibandingkan dengan Moto2.

Pada mulanya, Dorna inginkan enjin 675cc dari MV Agusta tetapi memandangkan syarikat ini sedang melalui masalah kewangan yang besar, perkara ini tidak mungkin akan berjalan dengan lancar. Ramai yang mempunyai idea dimana Triumph mempunyai enjin yang sesuai tetapi pengeluar motorsikal dari UK ini lebih fokus kepada jualan motorsikal moden klasik mereka daripada mana-mana penglibatan dalam sukan bermotor.

Akan tetapi, Triumph mengejutkan kami semua dengan berita ini. Tanggungjawab sebagai satu-satunya pembekal enjin kepada semua jentera Moto2 merupakan sesuatu yang amat besar. Jika enjin 765cc mereka dapat bertahan, kami pasti kategori Moto2 akan menjadi lebih menarik dan menarik lebih banyak perhatian dari peminat. Enjin tiga silinder 765cc? Menarik, sangat menarik.

57 Replies to “MotoGP: Triumph Disahkan Sebagai Pembekal Enjin Moto2 pada 2019”

    1. org europe mmg cmtu.. diorng nk bangsa diorng je conquer sume.. x pyh competition la, baca majalah diorng pn dh ckup.. tgk diorng punya review mmg bias gila.. kalo mesin2 europe sume dok puji melangit.. kalo mesin2 japan manjang nk kritik je, tu x kene ni x kene.. kalo mesin europe sume perfect10.. haha..

    1. bkn sng2 motoGP nk lantik satu2 manufacturer utk jd engine supplier.. mcm ada sesuatu je… hehe.. dri sudut lain kalo korng perhatikan, dh berapa lama mesin jepun mendominasi motoGP dgn WSBK.. blom kira lg race competition yg lain mcm british superbike, TT race dll.. hanya rider/joki je dri europe, mesin2 yg selalu naik podium mostly mesin japan.. ada sedikit curiga gk di situ.. tkut2 diorng nk naikkan mesin2 europe plak kn.. dri segi teknikal tu x tau la, maybe triumph punya engine efficiency.. 4 dapur ke, 3 dapur ke, dua2 ada kelebihan.. 😀

    2. Actually xdak apa yg nak pening pun. Sbb honda mmg nak stop production 600cc so motogp kena cari supplier baru. Tender dibukak dan Kawasaki, Mv Agusta dgn Triumph berminat. Dpt plak kat Triumph. Lagipun ramai team Moto2 complain enjin 4 silinder sgt lebar. So dpt 3 silinder drpd Triumph sedikit sebanyak membantu la dr segi design. Lagipun dgn enjin kapasiti yg lebih besar boleh jadi sebagai preparation rider moto2 utk kelas motoGP

    3. Ini bukan malaysia kita nak wat persoalan macam ni. Err…anyway boleh start kaji history triumph tu macam mana dulu.

      Kadang-kadang sebuah firma tak perlu pun untuk menyertai perlumbaan untuk menjadi pembekal engine. Triumph mempunyai pengalaman dan kepakaran teknikal yang besar dalam pembangunan engine, dan secara design, engine 3 silinder adalah lebih kompak dan memudahkan penyelenggaraan.

      Anyway honda fikir dia xmahu sah nak continue lepas 2018. So, kawasaki dan mv agusta join triumph untuk dapatkan tender tu. Yang kita tender pun mestilah tau banyak dari segi teknikal perlumbaan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.