2017 Yamaha Aerox 155 VVA dilancarkan di Indonesia – Variable Valve Actuation

r-racing-blue

Setelah diperkenalkan oleh Valentino Rossi di MotoGP Sepang, Malaysia, Yamaha Aerox 155 VVA kini sedia untuk beraksi di Indonesia. Sesuatu yang terus menarik pandangan anda mengenai skuter ini adalah tayar yang digunakan adalah lebih lebar daripada kebanyakan skuter yang biasa kita lihat. Saiz untuk tayar hadapan 110/80-14, manakala untuk tayar belakang pula adalah pada ukuran 140/70-14. Kelebihan mempunyai tayar yang lebar adalah dapat tayar ini dapat menerima lebih bebanan dan pada yang sama memberikan lebih keseronokan dalam mengambil selekoh.

Rekaan skuter ini cukup ‘sporty’ dengan bentuk yang aerodinamik dan lampu hadapan yang cukup dominan dan tajam. Pasaran Indonesia menyasarkan skuter ini dalam kategori skuter ‘sporty’ yang mana saingannya mungkin Honda Vario.  Terdapat 3 varian untuk dipilih iaitu R (gambar diatas), S dan STD. Varian R mempunyai warna Race-Blu Yamaha dan juga dilengkapi dengan cakera brek berbentuk gelombang.abs-whiteYamaha Aerox 155 VVA ini hadir dengan ABS dan ciri-ciri ini sangat ditunggu oleh peminat motosikal untuk kawalan jentera yang lebih baik semasa dalam pemanduan yang sukar.

abs-matte-blue

Warna Matte Blue juga nampak menarik walaupun lebih nampak kepada warna kelabu hitam.

Varian STD menerima 3 pilihan warna yang menarik iaitu merah, hitam dan juga kuning. Grafik pada model STD ini lebih menarik dengan tulisan AEROX yang besar pada bahagian sisi jentera ini. Kesemua varian Aerox 155 VVA ini menerima enjin yang sama yang berasal dari enjin NMax berkapasiti 155.1cc yang mampu menjana 11.0kW (14.75hp) @ 8,000RPM dengan daya kilas pada 13.8Nm @ 6,250RPM.

Enjin yang digunakan ini dilengkapi dengan sistem suntikan bahanapi yang pastinya lebih menjimatkan dan lebih tepat. Namun begitu, tangki pada ukuran 4.6L adalah tidak begitu besar untuk memungkinkan perjalanan yang lebih jauh dengan jentera 155cc ini.

Spesifikasi AEROX 155VVA

 

DIMENSI

 

P X L X T : 1990mm X 700mm X 1125mm
Jarak sumbu roda : 1350mm
Jarak terendah ke tanah : 142mm
Tinggi tempat duduk : 790mm
Berat isi : 116 kg (AEROX 155VVA – S Version) / 117 kg (AEROX 155VVA – R  Version) / 118 kg (AEROX 155VVA)
Kapasitas tangka bensin : 4,6 L

 

MESIN

 

Tipe mesin : Liquid cooled 4-stroke, SOHC
Susunan silinder : Single cylinder
Diameter X Langkah : 58 x 58,7 mm
Perbandingan kompresi : 10,5 ± 0,4  : 1
Volume silinder : 155.1 cc
Daya maksimum : 11.0 kW / 8000 rpm
Torsi maksimum : 13.8 Nm / 6250 rpm
Sistem starter : Electric starter
Sistem pelumasan : Wet sump
Kapasitas oli mesin : Total = 1,00 L ; Berkala = 0,90 L
Sistem bahan bakar : Fuel Injection
Tipe kopling : Dry, Centrifugal Automatic
Tipe transmisi : V-belt automatic

 

RANGKA

 

Tipe rangka : Underbone
Suspensi depan : Teleskopik
Suspensi belakang : Unit Swing
Tipe ban : Tubeless
Ban depan : 110/80-14M/C 53P
Ban belakang : 140/70-14M/C 62P
Rem depan : Disc brake
Rem belakang : Drum brake

 

KELISTRIKAN

 

Sistem pengapian : TCI
Tipe battery : YTZ7V
Tipe busi : NGK/CPR8EA9

Sumber: http://www.yamaha-motor.co.id/aerox-155-vva/ dan http://www.yamaha-motor.co.id/newsdetail/archive/2016/november/article/aerox-155vva-one-stage-ahead.html

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]