2016 HJC RPHA-11 Pro – pengganti RPHA-10 Pro

RPHA11RiberteMC4HSF-Bty

HJC, satu jenama dari Korea kini memperkenalkan model  helmet muka penuh prestasi tinggi mereka, HJC RPHA-11 Pro, sebagai pengganti kepada model RPHA-10 Pro. Model terbaru ini adalah lebih ringan (1300g), tetapi mengekalkan kekuatan struktur dengan penggunaan teknologi ‘Advanced PIM Plus‘.  

RPHA11SolSFBlk-Fnt

Rekaan helmet ini dipertingkatkan dengan rekaan badan yang baru dengan ‘spoiler’ yang lebih aerodinamik dan lebih menarik pada pandangan.

RPHA11DarterMC21-SdLft

Rekaan semula salur udara berkembar pada bahagian mulut, salur udara pada bahagian dahi yang boleh diubahsuai dan salur udara berkembar pada bahagian belakang membolehkan pengguna RPHA-11 Pro merasa lebih sejuk dan selesa.

RPHA11RiberteMC4HSF-Rr

Beberapa ciri-ciri keselamatan  dan prestasi telah ditambah kepada RPHA-11 Pro seperti bukaan 5mm lebih besar pada bahagian pandangan atas pada helmet akan memberikan lebih ruang penglihatan.

RPHA11RiberteMC3SF-SdLft

Pada bahagian leher, disertakan sistem bukaan pantas (quick release) kecemasan untuk membolehkan pad leher senang diurus semasa berlaku kecemasan.

HJC RPHA-11 Pro akan mula berada dipasaran pada Oktober 2016 ini dengan harga USD399.99 (RM1,621.22)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.