HJC, satu jenama dari Korea kini memperkenalkan model helmet muka penuh prestasi tinggi mereka, HJC RPHA-11 Pro, sebagai pengganti kepada model RPHA-10 Pro. Model terbaru ini adalah lebih ringan (1300g), tetapi mengekalkan kekuatan struktur dengan penggunaan teknologi ‘Advanced PIM Plus‘.
Rekaan helmet ini dipertingkatkan dengan rekaan badan yang baru dengan ‘spoiler’ yang lebih aerodinamik dan lebih menarik pada pandangan.
Rekaan semula salur udara berkembar pada bahagian mulut, salur udara pada bahagian dahi yang boleh diubahsuai dan salur udara berkembar pada bahagian belakang membolehkan pengguna RPHA-11 Pro merasa lebih sejuk dan selesa.
Beberapa ciri-ciri keselamatan dan prestasi telah ditambah kepada RPHA-11 Pro seperti bukaan 5mm lebih besar pada bahagian pandangan atas pada helmet akan memberikan lebih ruang penglihatan.
Pada bahagian leher, disertakan sistem bukaan pantas (quick release) kecemasan untuk membolehkan pad leher senang diurus semasa berlaku kecemasan.
HJC RPHA-11 Pro akan mula berada dipasaran pada Oktober 2016 ini dengan harga USD399.99 (RM1,621.22)