Honda Supra GTR 150 (2016) dilancarkan di Indonesia – Rp 21,3 juta (RM6,415.60 tukaran terus)

Advertisements

Supra-GTR-150-28

PT Astra Honda baru sahaja melancarkan jentera moped berkuasa 150cc di Indonesia iaitu Honda Supra GTR 150. Jentera ini mula diperkenalkan kepada dunia pada awalnya di Vietnam dengan nama Honda Winner 150 pada April 2016. Kini, pada akhir Mei, rakyat Indonesia berpeluang untuk merasai jentera DOHC yang hebat ini dijalanan di Jakarta, Bandung dan seluruhnya.

Honda Supra GTR 150 mengekalkan spesifikasi yang  sama dengan model Honda Winner 150 cuma dibezakan pada tambahan bracket nombor plat pada hadapan reraup. Moped berkuasa 150cc ini datang dengan konfigurasi DOHC beserta suntikan bahanapi teknologi PGM-FI yang cukup sinonim dengan Honda. Jika dibandingkan dengan Yamaha Y15ZR yang hadir dengan 5 gear kelajuan, Honda Supra GTR 150 pula hadir dengan 6 gear kelajuan yang sangat digemari untuk penunggang yang menginginkan kawalan kuasa secara optimum samada ingin lebih pikap atau lebih ‘overdrive’. 

Menurut laporan dari TMCBlog.com, enjin DOHC 150cc ini mampu memberikan kuasa sebanyak 11.6kW (15.9PS) @ 9,000RPM (sebagai bandingan Y15ZR 11.3kW(15.4PS) @ 8,500RPM). Daya kilas Honda Supra GTR 150 maksima pada 13.5Nm @ 6,500RPM (Y15ZR lebih tinggi pada 13.8Nm @ 7,000RPM). Kelajuan maksima (top speed) menurut Astra Honda Motor Indonesia adalah 122 kpj.

Supra-GTR-150-5

Ciri-ciri Honda Supra GTR 150 juga sangat menarik dengan kali ini Honda tidak lagi menyekat teknologi mopednya. Lihat saja penggunaan suspensi monoshock pada belakang. Sistem seperti ini sangat jarang digunakan pada moped-moped Honda kerana Honda sedikit konservatif dengan rekaan untuk moped-mopednya. Hadir juga brek cakera depan dan belakang yang semestinya memberikan cengkaman yang lebih baik untuk menghentikan jentera ini pada masa diperlukan.

Supra-GTR-150-23

Tayar hadapan dan belakang juga menerima ciri-ciri yang luar dari kebiasaan Honda dengan kali ini Honda memilih untuk menggunakan tayar yang sangat lebar. Tayar hadapan bersaiz 90/80-17 46P . Ini adalah lebih lebar dan besar berbanding dengan Y15ZR pada 70/90-17 . Tayar belakang pula pada ukuran 120/70-17 58P (sama seperti Y15ZR). Saya membaca juga artikel dari blog dari Indonesia dan mendapati bahawa penggunaan tayar yang besar dan lebar ini adalah memungkinkan AHM untuk memasarkan Honda Supra GTR 150 ini sebagai satu jentera kembara (adventure bike) dimana boleh menggunakannya untuk mengharungi sedikit keadaan berlumpur dan luar dari jalanan biasa. Saya pernah menggunakan 135LC 5-speed yang menggunakan tayar lebar dan sangat berpuashati dengan tayar lebar ini dari segi ketahanannya dari bocor dan juga keselesaannya semasa mengambil selekoh. Pembrekan juga menjadi lebih mantap kerana lebih banyak bahagian tayar yang kena pada jalan (contact area).

Khabarnya, Malaysia juga akan menerima jentera ini juga dengan nama Honda RS150 pada Jun 2016 ini. Bulan depan saja tu ya. Khabarnya la.

Spesifikasi Honda Supra GTR 150 (2016)

P x L x T: 2.025 x 725 x 1.102 mm
Jarak sumbu roda: 1.284 mm
Jarak terendah: 150 mm
Tinggi jok: 780 mm
Berat kosong: 119 kg
Radius putar: 1.900 mm
Kapasitas tangki bensin: 4,5 liter
Tipe mesin: 4 langkah DOHC 4 katup
Bore x stroke: 57,3 x 57,8 mm
Kapasitas mesin: 149,16 cc
Pendinginan: liquid cooled dengan kipas auto
Sistem pengabutan: PGM-FI
Rasio kompresi: 11,3:1
Tenaga maksimal: 15,74 dk (11,6 kW)/9.000 rpm
Torsi maksimal: 13,5 Nm/6.500 rpm
Transmisi: manual 6 percepatan
Pola perpindahan gigi: 1-N-2-3-4-5-6
Starter: electric & kick starter
Sistem kopling: wet multiple with coil spring
Sistem pelumasan: basah
Kapasitas oli: 1,1 liter
Tipe sasis: twin tube steel
Ukuran ban depan: 90/80-17 46P (Tubeless) Velg 1.85×17
Ukuran ban belakang: 120/70-17 58P (Tubeless) Velg 3.50×17
Rem depan: hidraulic disc
Rem belakang: hidraulic disc
Suspensi depan: teleskopik
Suspensi belakang: monosok
Sistem pengapian: full transistor
Aki: MF 12 V-5,0 Ah
Tipe busi: NGK MR9C-9N atau ND U27EPR-N9

Sumber: http://tmcblog.com/2016/05/24/new-honda-supra-gtr-150-rencananya-dirilis-hari-ini-ini-spesifikasinya-sob/

92 Replies to “Honda Supra GTR 150 (2016) dilancarkan di Indonesia – Rp 21,3 juta (RM6,415.60 tukaran terus)”

  1. Top 122 je?
    Menurut laporan dari TMCBlog.com, enjin DOHC 150cc ini mampu memberikan kuasa sebanyak 11.6kW (15.9PS) @ 9,000RPM (sebagai bandingan Y15ZR 11.3kW(15.4PS) @ 8,500RPM). Daya kilas Honda Supra GTR 150 maksima pada 13.5Nm @ 6,500RPM (Y15ZR lebih tinggi pada 13.8Nm @ 6,500RPM). Kelajuan maksima (top speed) menurut Astra Honda Motor Indonesia adalah 122 kpj.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.