Honda Future FI kini lebih cekap dengan PGM-FI – RM6,072.74 (brek cakera depan sahaja) dan RM6,358.94 (brek cakera depan dan belakang)

2016honda-future-fi-front

Boon Siew Honda memperkenalkan model naik taraf iaitu Honda Future FI yang kini disertakan dengan Sistem Suntikan Bahanapi Terancang (Programmed Fuel Injection PGM-FI). Honda Future merupakan satu motosikal yang telah diperkenalkan pada tahun 2012 kepada pengguna di Malaysia dengan ciri-ciri yang sangat sesuai untuk pemgembara jarak jauh ini. Ciri-ciri tersebut adalah:

  1. Tangki petrol yang sangat besar pada kapasiti 5.4 liter (biasa moped hanya 4.0 -4.3 liter)
  2. Ruang simpanan bawah tempat duduk yang besar dan mampu menyimpan helmet muka penuh dengan senang
  3. Penjimatan yang tinggi untuk perjalanan sehingga 250km dalam satu isian penuh tangki petrol

Kali ini Boon Siew Honda terus mempertingkatkan Honda Future (2012) ini dengan penggunaan PGM-FI yang semestinya menambah lagi penjimatan minyak terhadap model ini. Seharusnya, nama baru juga diperkenalkan dengan tambahan FI menjadikannya Honda Future FI.

2016-Honda-future-FI-Malaysia-feature2

Tangki petrol ini diletakkan sedikit ke belakang menjadikan ruang untuk petrol lebih optimum dan membolehkan sebanyak 5.4 liter petrol boleh diisi.

2016-Honda-future-FI-Malaysia-feature4

Ruang tangki petrol yang telah diubah ke belakang memberikan kelegaan pada ruang bawah tempat duduk dan jurutera Honda sangat bijak bermain dengan ruang dan berjaya memuatkan sebuah helmet muka penuh ke dalamnya. Sangat bagus. Saya suka.

2016-Honda-future-FI-Malaysia-feature1

Nasib baik tiada lampu signal capang.

2016-Honda-future-FI-Malaysia-feature3

Lampu depan menerima sedikit penyegaran dengan rekabentuk baru.

Harga bagi Honda Future FI ini adalah RM6,072.74 (brek cakera depan sahaja) dan RM6,358.94 (brek cakera depan dan belakang).

HONDA FUTURE FI SPECIFICATION

ENGINE

ENGINE Air-cooled, 4-stroke, OHC
Bore & Stroke 52.4 x 57.9mm
Displacement 124.9cc
Compression Ratio 9.3 : 1
Lubricating Oil Capacity 0.9 liter
0.7 liter
Fuel System PGM-FI (Programmed Fuel Injection)
Fuel Tank Capacity 5.4 liter

TRANSMISSION

Clutch Automatic Centrifugal Clutch Wet Type
Transmission 4 Speed Constant Mesh

DIMENSION

Length x Width x Height 1962mm x 711mm x 1092mm
Wheelbase 1258mm
Kerb Weight (kg)
Disc Brake 105kg
Double Disc Brakes 107kg

CHASIS

Frame Type Back Bone
Suspension Front – Telescopic
Rear – Twin
Tyre Measurement Front : 70/90-17 M/C 38P
Tyre Pressure
One Person FR: 200kPa / RR : 225kPa
Two Person FR: 200kPa / RR : 280kPa

PERFORMANCE

Maximum Power 6.81kW (9.27PS) / 7500rpm
Maximum Torque 10.02N/m (1.02kgf.m) / 5500rpm

*Actual model may vary in detail from image shown and specifications

44 Replies to “Honda Future FI kini lebih cekap dengan PGM-FI – RM6,072.74 (brek cakera depan sahaja) dan RM6,358.94 (brek cakera depan dan belakang)”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.