Honda Wave Dash 110 PGM-FI (2016) dilancarkan di Malaysia – S RM5,299, R RM5,549 dan Repsol RM5,699

2016-Honda-Wave-Dash-PGM-FI-001

Honda mengemaskini Wave Dash dengan menukarkan sistem karburetor kepada sistem suntikan bahanapi untuk 2016. Wajah Honda Wave Dash PGM-FI ini menerima peningkatan dengan lampu hadapan berkembar dan lampu isyarat yang lebih besar pada bahagian reraup. Pada pandangan kasar, wajah Honda Wave Dash PGM-FI ini ada menyamai model Honda Future.  2016-Honda-Wave-Dash-PGM-I-Honda nampaknya mendengar permintaan dari peminatnya dan dengan ini, Honda menggunakan sistem brek cakera untuk brek hadapan dan juga brek belakang untuk varian R yang berharga RM5,549. 2016-1Honda-Wave-Dash-PGM-F

Model dengan hanya brek cakera hadapan dan brek dram di belakang juga dikekalkan sebagai salah satu varian yang sedia dipilih oleh penunggang yang menginginkan sistem PGM-FI pada harga lebih murah. Varian S adalah varian paling asas dengan harga RM5,299.

2016-Honda-Wave-Dash-PGM-FI-001

Varian edisi Repsol sangat popular pada model Wave Dash yang terdahulu dan kini hadir juga untuk model Wave Dash PGM-FI pada 2016 ini. Varian ini datang dengan warna Repsol Jingga Berkilau yang hampir sama dengan model Honda RC213V yang digunakan dalam perlumbaan MotoGP. Harga untuk model ini adalah RM5,699.

Spesifikasi Teknikal Honda Wave Dash PGM-FI 2016
Enjin
Engine / Enjin Air-Cooled, 4-stroke, OHC / Penyejuk Udara, 4 Lejang, OHC
Bore & Stroke / Gerek & Lejang 50.0 X 55.6
Displacement / Sesaran Enjin 109
Compression Ratio / Nisbah Mampatan 9.0 : 1
Lubricating Oil Capacity /
Muatan Minyak Pelincir
1.0 liter (After Disassembly / Selepas Ditanggalkan)
0.8 liter (After Draining / Selepas Pembuangan)
Fuel System / Sistem Bahan Api PGM FI (Programmed Fuel Injection) / (Suntikan Bahan Api Terancang)
Fuel Tank Capacity / Muatan Tangki Petrol 4.0 liter
Transmisi
Clutch / Klac Automatic Centrifugal Clutch Wet Type /
Automatik Empar Plat Jenis Basah
Transmission / Transmisi 4 Speed Constant Mesh / Jejaring Tetap 4 Kelajuan
Primary Reduction Ratio / Nisbah Penurunan Utama 4.059 (69/17)
1st Gear / Gear 1 2.615 (34/13)
2nd Gear / Gear 2 1.555 (28/18)
3rd Gear / Gear 3 1.136 (25/22)
4 th Gear / Gear 4 0.916 (22/24)
Final Reduction Ratio / Nisbah Penurunan Akhir 2.642 (37/14)
Sistem Elektrik
Starter / Sistem Penghidupan Kick & Electric Starter / Penghidup Tendang & Elektrik
Ignition System / Sistem Pencucuhan DC-CDI
Battery / Bateri 12V / 3.0 Ah
Dimensi
Length x Width x Height /
Panjang x Lebar x Tinggi
1907 mm X 709 mm X 1080 mm
Wheelbase / Jarak Roda 1227 mm
Kerb Weight (kg) /
Berat (Dengan Minyak & Tangki Penuh)
Dash S Type: 102kg
Dash R Type: 104kg
Rangka
Frame Type / Bentuk Kerangka Underbone / Tulang Belakang
Suspension / Suspensi Front / Depan – Telescopic / Teleskopik
Rear / Belakang – Twin / Kembar
Tyre Measurement / Ukuran Tayar Front / Depan : 70/90-17 M/C 38P
Rear / Belakang : 80/90-17 M/C 50P
Tyre Pressure / Tekanan Tayar
– One Person / Satu Orang
– Two Person / Dua Orang
FR: 200kPa / RR : 225kPa
FR: 200kPa / RR : 280kPa
Caster Angle / Sudut Caster 26.5°
Trail Distance / Jejak Trail 68 mm
Prestasi
Maximum Power / Kuasa Maksimum 6.25Kw @ 7500 rpm
Maximum Torque / Tork Maksimum 8.42Nm @ 6000 rpm
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

83 Replies to “Honda Wave Dash 110 PGM-FI (2016) dilancarkan di Malaysia – S RM5,299, R RM5,549 dan Repsol RM5,699”

  1. Agak2 boleh ke tukar Lampu Belakang dan Mudguard belakang Wave Dash FI dengan Wave Dash 2014? Hodoh sgt la lampu belakng dan mudguard belakang dash FI dengan signal terjojol ni…..ke bracket tak sama?

    1. yek yg tu aku tau electonic fuel injections tapi konsepnya still same tuko ECU performance tuko block racing 55mm tuko aftermarket ekzos lagi parah tuko jet pin..memag 1bulan jela usia engine tu..aku xpaham ngan HONDA ni padahal SONIC 150rr ade CBR 150 CB150RR ade tp xnak masok pasaran malaysia xabis2 110cc-125cc..

Leave a Reply