Ulasan: Kawasaki Z250SL (2014) Review – enjin 1 silinder berangka Trellis – RM15,789 (asas)

Advertisements

2014-Kawasaki-Z250SL-002

Segmen 250cc merupakan satu segmen yang sangat kompetitif pada masa ini yang mana terdapat pelbagai pilihan spesifikasi dan pilihan harga yang berusaha untuk menambat hati penunggang baru yang ingin menaik taraf dari moped atau skuter kepada motosikal berkuasa tinggi (pada masa dulu, seingat saya, 250cc sudah dikategorikan sebagai ‘superbike’ iaitu ‘entry-level superbike’. Namun begitu, sekarang ini, ramai yang mengatakan 250cc bukan ‘superbike’. Apa-apa pun, saya masih ingin kekal dengan definisi 250cc sebagai ‘entry-level superbike’. Anda tidak setuju, tak apalah).  

2014-Kawasaki-Z250SL-004

Satu motosikal yang sangat menarik untuk dipertimbangkan dalam pilihan anda dalam segmen 250cc ini adalah mesin dari Kawasaki iaitu Z250SL. Kawasaki memperkenalkan Z250SL pada 2014 selepas sahaja memperkenalkan kepada penunggang Malaysia, Ninja 250SL yang berciri sukan dengan reraut penuh. Z250SL hadir sebagai alternatif tanpa reraut yang sesuai untuk digunakan samada di bandar, di kampung mahupun di litar.

Apa yang membezakan motosikal sukan reraut penuh dengan motosikal tanpa reraut adalah dari segi ketinggian tempat duduknya yang lebih rendah. Tempat duduk yang rendah membolehkan penunggang untuk senang berpijak ke tanah dalam keadaan trafik yang berat yang memerlukan gaya tunggangan henti-dan-pergi. Selain itu, bar hendal juga lebih tinggi dari model sukan reraut penuh untuk memberikan gaya duduk yang lebih tegak agar tidak meletihkan penunggang.

Z250SL memberikan gaya duduk tegak yang selesa dalam kelajuan biasa dalam had laju yang dibenarkan iaitu 90km/j. Tiupan angin tidaklah mengganggu tunggangan anda dalam kelajuan ini. Namun, setelah memerah lebih sedikit sehingga 140km/h, angin akan mula menjadi lawan anda. Anda akan terasa tolakan pada kiri dan kanan pada bahu anda.

Enjin Z250SL berkonfigurasi 1 silinder dengan sejukan cecair bersama 4 injap aci sesondol berkembar yang berkuasa 20.6kW (27.6hp) pada 9,700RPM dan daya kilas sebanyak 22.6Nm pada 8,200RPM. Pada sesi uji pandu saya, enjin Z250SL berfungsi dengan cantik pada perahan RPM melebihi 4,000RPM. Ya, ini adalah enjin yang memerlukan anda mengubah sedikit gaya pemanduan anda agar membiarkan bacaan digital RPM di meter melebihi 4,000RPM untuk benar-benar merasai kuasanya yang cantik itu. Jika dilihat dari segi ketahanan enjin Z250SL ini, anda tidak perlu risau kerana enjin ini diasaskan dari motosikal lasak iaitu KLX250 yang telah terbukti lasak.

2014-Kawasaki-Z250SL-003

Penukaran gear selepas 4,000RPM juga terasa tepat dan lancar, tetapi sedikit kekurangan disini kerana seperti mana biasa, kita sangat ingin untuk melihat bacaan kedudukan gear di meter dan pada Z250SL, cuma ada bacaan N. Pernah sebelum ini ada yang berkata pada seorang kawan saya, kalau benar ingin melihat kedudukan gear pada meter, tunggang saja moped. Jangan jadi seperti dia.

Satu perkara yang saya rasakan semasa menunggang uji Z250SL, titik graviti (center of gravity) dirasakan agak tinggi walaupun motor ini tak tinggi sangat ini menyebabkan saya kurang yakin mengambil selekoh dalam kelajuan 80km/h. Ini juga mungkin kerana kebiasaan saya yang menunggang 135LC saya yang lebih rendah titik gravitinya.

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan Z250SL atas beberapa sebab:

  1. -Motosikal 250cc yang murah dalam segmennya
  2. -Enjin yang terbukti ketahanannya yang diasaskan dari KLX250
  3. -Karakter enjin yang memerlukan RPM tinggi yang memberikan keterujaan
  4. -Rekaan yang menarik kombinasi dari ketajaman Jepun dan rangka Trellis Itali
  5. -Senang dikendalikan untuk penunggang yang baru

Sekiranya anda sedang mencari motosikal 250cc sebagai naik taraf moped anda mungkin kerana tempat kerja anda jauh dari tempat tinggal anda, cubalah uji pandu Z250SL ini.

2014 Kawasaki Z250SL Tech Specs

  • Engine type:      Liquid-cooled, 4-stroke 1 Cylinder DOHC

  • Displacement :    249 cm³

  • Bore x stroke :    72.0 x 61.2 mm

  • Compression ratio:     11.3:1

  • Valve/Induction system:    DOHC, 4 valves

  • Fuel system     Fuel injection: ø38 mm x 1

  • Ignition :  Keihin, Transistorized Ignition

  • Electric: Starting

  • Lubrication : Forced lubrication, wet sump

  • Maximum power 20.6 kW / 9,700 rpm

  • Maximum torque 22,6 N·m { kgf·m} / 8,200 rpm
    SS 400m : 15,5 s

  • SS 200m : 9,7 s

  • Max Speed : 153 km/h

  • Transmission 6-speed, return

  • Final Drive Sealed chain

  • Primary reduction ratio 2.800 (84/30)

  • Gear ratios: 1st 3.000 (393/11)

  • Gear ratios: 2nd 1.933 (29/159)

  • Gear ratios: 3rd 1.444 (31/22)

  • Gear ratios: 4th 1.217 (28/23)

  • Gear ratios: 5th 1.045 (23/22)

  • Gear ratios: 6th 0.923 (24/26)

  • Final reduction ratio 3.000 (42/14)

  • Clutch : Wet multi-disc, manual

  • Frame type Tube diamond

  • Rake/Trail 24° / 90 mm

  • Wheel travel, front 110 mm

  • Wheel travel, rear 116 mm

  • Tyre, front 100/80-17 M/C (52S)

  • Tyre, rear 130/70-17 M/C (62S)

  • Steering angle, left / right 36° / 36°

  • Suspension, front  telescopic fork

  • Suspension, rear Bottom-Link Uni-Trak swing arm

  • Brakes, front Single 263 mm petal disc. Caliper: dual-piston.

  • Brakes, rear Single 193 mm petal disc. Caliper: Dual-piston.

  • Dimensions (L x W x H) 1.935 mm x 685 mm x 1,075 mm

  • Wheelbase 1,330 mm

  • Road Clearance 165 mm

  • Seat height 780 mm

  • Fuel capacity 11 litres

  • Curb Mass 148 kg

Advertisements

79 Replies to “Ulasan: Kawasaki Z250SL (2014) Review – enjin 1 silinder berangka Trellis – RM15,789 (asas)”

  1. Sila jauhkan diri anda dari sebarang brand moto taiwan dan china..pilihlah jepun…dah pakai motor china ni…enjoy memang enjoy tapi lepas lama lama penat nak melayan…manja sangat…readykan kertas jer la nak kene hantar spa moto selalu. Jepun mahal tapi kurang manja. 🙂 pengalaman sendiri.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.