Yamaha YZF-R25 kini hadir dalam versi ABS untuk 2016

2016-Yamaha-YZF-R25-001-Red

Yamaha membawakan kemaskini kepada model popular YZF-R25 dalam segmen 250cc. Terdapat 3 model yang kita ketahui setakat ini iaitu:

  1. YZF-R3A – model ini berkuasa 320cc dilengkapi dengan ABS (Sistem Brek Anti-kunci)
  2. YZF-R25A – versi 250cc dengan ABS
  3. YZF-R25 – versi 250cc tanpa ABS

Peningkatan dari segi spesifikasi dan bukan hanya dari segi grafik merupakan satu cara untuk memikat kembali pengguna mengenal YZF-R25 yang telah hadir sejak Februari 2015. Sebelum ini KTM juga meningkatkan spesifikasi RC250 dari model RC200 dengan menambah sistem klac slipper (selipar?) yang sangat digemari oleh penunggang yang suka mengambil selekoh dengan halaju tinggi dalam litar lumba. Begitu juga Kawasaki yang juga memperkenalkan sistem klac ini pada model 250cc 2-silindernya. 

2016-Yamaha-YZF-R25-001ABS (Anti-lock Brake System) atau Sistem Brek Anti-kunci dapat memberikan sedikit lebih kawalan kepada penunggang apabila menghadapi situasi tunggangan yang mencabar, terutamanya ketika keadaan hujan.

Walaupun ABS ini adalah salah satu ciri yang penting bagi motosikal pada abad ini, namun begitu, kosnya agak tinggi. Biasanya kita dapat melihat harga versi yang dilengkapi ABS sedikit mahal dalam RM1k-RM2k dan ini menyebabkan versi tanpa ABS masih dikekalkan sebagai pilihan.

Harga untuk versi ABS masih belum dipastikan, malah tidak dapat juga dipastikan samada akan hadir ke Malaysia atau tidak. Sebagai panduan anda, harga YZF-R25 2015 versi tanpa ABS adalah RM19,783 (asas tidak termasuk GST).

Sumber: https://www.facebook.com/youngmachine/?fref=ts dan http://global.yamaha-motor.com/jp/news/2016/0112/yzf-r3-r25.html#_ga=1.196578348.1868238751.1452584171

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

73 Replies to “Yamaha YZF-R25 kini hadir dalam versi ABS untuk 2016”

Leave a Reply