GP Portugal: Quartararo Ungguli Sesi Kelayakan, Marquez Bermula Di Petak Ke-6

Fabio Quartararo meneruskan momentum kecemerlangan apabila meraih petak pertama di sesi kelayakan GP Portugal. Pelumba Monster Energy Yamaha itu merekodkan masa terpantas 1 minit 38.862 saat lantas memperbaiki catatan 1m39.199s yang dilakukannya sewaktu di litar sama musim lalu. Quartarao pada awalnya kehilangan kedudukan pertama apabila pelumba Ducati, Francesco Bagnaia melakar rekod terpantas litar dengan 1m38.494s…

MotoGP: Marquez Sah Terlepas Dua Aksi Pembukaan Di Qatar

Marc Marquez mengesahkan dirinya tidak akan terlibat dalam pusingan pertama dan kedua MotoGP di Litar Antarabangsa Losail, Qatar. Pelumba Repsol Honda itu membuat keputusan terbabit selepas menjalani dua sesi ‘track day’ dengan jentera RC213V-S di Barcelona dan Portimao, minggu lalu. “Selepas mendapat nasihat doktor, mereka menasihati saya bawah penting untuk tidak beraksi di GP Qatar…

MotoGP: Marc Marquez Diketepikan Sehingga 13 Minggu

Ketika GP Austria berlangsung sengit di Litar Red Bull Ring, Marc Marquez hanya mampu melibatkan diri sebagai penonton tatkala dia masih dalam proses pemulihan. Kini, pengurus pasukan Honda, Alberto Puig mengesahkan Marquez akan mengambil masa sehingga tiga bulan untuk kembali beraksi bersama jentera RC213V. Marquez kemalangan ketika di GP Sepanyol, 19 Julai lalu dan mengalami…

MotoGP: Marquez Tarik Diri Dari Brno, Misi Pertahan Kejuaraan Terus Malap

Susulan menjalani pembedahan kedua baru-baru ini dan terpaksa berehat untuk kembali pulih, Marc Marquez disahkan akan terlepas aksi di Brno, hujung minggu ini. Ini bermakna Marquez masih kekal dengan kutipan mata kosong selepas tiga pusingan – termasuk di Brno hujung minggu ini – sejak mengalami kemalangan dalam aksi pertama di GP Sepanyol, 19 Julai lalu….

MotoGP: Marquez Jalani Pembedahan Kedua, Plat Titanium Didapati Rosak

Marc Marquez terpaksa menjalani pembedahan kedua dan perlu duduk di hospital lebih 48 jam susulan plat titanium yang dimasukan ketika pembedahan pertama didapati telah rosak. Senario tersebut berlaku gara-gara dia turun beraksi ketika sesi ujian bebas dan melakukan beberapa pusingan sewaktu kelayakan di GP Andalucia dua minggu lalu. Marquez menjalani pembedahan pertama – dengan doktor…

Kem Repsol Honda Gusar Dengan Prestasi RCV 2020

Ketika ujian pra-musim MotoGP membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) awal bulan ini, Repsol Honda gagal menempatkan diri dikalangan tiga terbaik bagi ketiga-tiga hari. Tatkala ramai pihak mendakwa Marc Marquez masih bergelut dengan kecederaan namun selepas sesi ujian di Litar Losail, Qatar, kem Repsol Honda mula gemuruh. Marquez sendiri mengakui dia tidak gusar dengan…

10 Tahun Di MotoGP Tapi Masih Perlu Berhutang? Lorenzo Sindir Semula Zarco

Baru-baru ini, pelumba Avintia Ducati, Johann Zarco menyifatkan tindakannya untuk keluar lebih awal daripada KTM membuktikan dia tidak mengejar duit seperti Jorge Lorenzo. Ketika sesi temubual bersama akhbar Sepanyol, Marca, Zarco menjelaskan dia enggan memilih jalan sama seperti Lorenzo, yang menghabiskan baki kontrak bersama Repsol Honda meskipun bergelut. “Lorenzo mengutamakan duit sebab itu dia sanggup…

Jorge Lorenzo Pertimbang Peluang Kembali Sebagai ‘Test Rider’

Jorge Lorenzo mengakui sedang mempertimbangkan keputusan untuk kembali ke saingan MotoGP selaku penunggang uji. Meskipun sedang menikmati persaraan ketika ini namun ketika ditemu bual Motosans.es, Lorenzo mengesahkan sedang dalam proses membuat keputusan mengenai masa depannya. “Itu antara kemungkinan yang saya ada ketika ini. Pada masa sama, saya juga memerlukan masa untuk diri saya sendiri sebab…