Jorge Lorenzo telah mengalami kecederaan retak tulang pergelangan tangannya (skafoid). Kejadian itu berlaku ketika Lorenzo sedang menjalani latihan di atas litar tanah merah. Dia perlu menjalani pembedahan, namun, tulang skafoid selalunya sembuh dengan cepat.
Tag: Repsol Honda
Jorge Lorenzo akhirnya telah memberikan tanggapan pertamanya berkenaan dengan jentera Repsol Honda. Dia telah menunggangnya sewaktu ujian pasca musim Jerez dan di Valencia pada tahun lepas. Dia menyertai Marc Marquez sebagai sebahagian daripada pasukan Honda yang akan bersaing dalam kejohanan MotoGP tahun ini.
Pada bulan Jun yang lalu, Dani Pedrosa telah mengumumkan bahawa dia akan bersara dari perlumbaan MotoGP pada penghujung musim 2018. Dani, yang baharu sahaja memasuki usia 33 tahun, telah berjaya menaiki podium MotoGP sebanyak 33 kali, namun tidak pernah memenangi kejohanan dunia tersebut. Pasukan Bull KTM telah merebut peluang ini dan mengambil Dani sebagai penunggang…
Penunggang Repsol Honda, Marc Marquez telah ditabalkan sebagai juara dunia MotoGP 2018 di Motegi, Jepun. Penunggang berusia 25 tahun dari Sepanyol itu telah berjaya memenangi takhta dunia buat kali ke-tujuhnya setelah Andrea Dovizioso terkeluar dari persaingan berbakikan dua pusingan. Ianya satu pertarungan yang cukup mengujakan di mana Marquez berjaya menggondoli kejuaraan di halaman Honda di…
Walaupun masih belum disahkan oleh Honda, laporan telah mengatakan yang Lorenzo telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Honda. Perjanjian ini dikatakan bernilai €4 juta setahun dan telah ditandatangani sebelum kemenangan sulung Lorenzo bersama Ducati. Pasukan satelit Yamaha yang telah dikaitkan dengan Lorenzo akan tetap diteruskan tanpanya.