Malaysian Cub Prix Kasma Daniel Meraih Kemenangan Ke-Empat Sebelum Membuat Kemunculan Sulung Wildcard Dalam Kategori 600cc

 

  • Pusingan 6 bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix 2017 menjadi milik Kasma Daniel Kasmayudin yang menjadikannya kemenangan ke-empat dalam musim ini.
  • Kemenangan ini pasti akan menjadi pembakar semangat buatnya yang akan membuat kemunculan buat kali pertamanya dalam kategori 600cc Supersports sebagai peserta ‘wildcard’ bagi perlumbaan Idemitsu Asia Road Racing Championship (ARRC) di Indonesia pada minggu hadapan.
  • Kasma mendahului kejohanan kelas premier CP150 dengan 100 mata; 17 mata di hadapan Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha – CKJ).

Continue reading “Malaysian Cub Prix Kasma Daniel Meraih Kemenangan Ke-Empat Sebelum Membuat Kemunculan Sulung Wildcard Dalam Kategori 600cc”

Cub Prix: Pusingan 6 Akan Memperkenalkan Kategori Perlumbaan Baru – Yamaha NVX Challenge!

  • Pusingan ke-enam bagi Petronas AAM Malaysian Cub Prix akan menyaksikan penambahan satu lagi kategori perlumbaan dalam siri berkenaan iaitu Yamaha NVX Challenge.
  • 20 orang pelumba muda baru akan bersaing untuk baki musim Cub Prix ini di atas jentera yang baru dilancarkan skuter Yamaha NVX 155cc 2017.
  • Pusingan pertamanya akan diadakan pada hujung minggu ini di Jasin, Melaka.

Continue reading “Cub Prix: Pusingan 6 Akan Memperkenalkan Kategori Perlumbaan Baru – Yamaha NVX Challenge!”

Warna baru bagi Supercub Honda RS150R?

 

  • Ketika pusingan terbaru Cub Prix Malaysia yang berlangsung pada hujung minggu lalu di MAEPS, Serdang, ruangan pameran Boon Siew Honda telah
    mempamerkan beberapa buah motosikal supercub Honda RS150R yang amat istimewa.
  • Sepasang motosikal Honda RS150R telah diperagakan pada petang Ahad menggayakan warna yang amat berbeza dan unik sekali, Hitam dan Putih dengan sedikit warna Merah dan Biru.
  • Kakitangan BSH menyatakan bahawa warna ini masih lagi dalam tahap konsep buat masa ini namun akan boleh didapati pada masa hadapan jika ke semua maklumbalas dan kaji selidik mendapat reaksi positif (yang kami rasa ianya sudah pasti).

Continue reading “Warna baru bagi Supercub Honda RS150R?”

Yamaha NVX 2017 Dilancarkan! RM10,500 (Harga Asas Dengan GST)

 

  • Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia telah melancarkan motosikal Yamaha NVX 2017 untuk pasaran Malaysia.
  • Motosikal Yamaha NVX ini didatangkan dengan beberapa spesifikasi futuristik seperti panel meter LED sepenuhnya, sistem mulaan dan hentian, kefungsian Kunci Pintar, dan juga palam pengecas untuk peranti mudah alih.
  • Motosikal NVX serba baru yang berstatus EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) ini dinilai pada harga RM10,500 (asas beserta GST) dan akan tersedia dalam tiga warna berbeza; Biru, Merah, dan Hitam.

Continue reading “Yamaha NVX 2017 Dilancarkan! RM10,500 (Harga Asas Dengan GST)”

MotoWorld Memulakan Tabung Derma Buat Norizman Ismail

 

  • MotoWorld Malaysia akan menjalankan satu inisiatif bagi bulan Ramadan ini untuk Allahyarham Norizman Ismail, penunggang Malaysian Cub Prix yang telah terkorban.
  • Sebahagian daripada pendapatan jualan keseluruhan dari sekarang hingga ke Hari Raya nanti akan disalurkan ke keluarga Norizman untuk kegunaan Hari Raya Aidilfitri.
  • MotoWorld Malaysia juga akan menyediakan satu tabung sumbangan di kedai mereka yang terletak di Petaling Jaya bagi mereka yang ingin menderma secara terus ke keluarga Norizman.

Continue reading “MotoWorld Memulakan Tabung Derma Buat Norizman Ismail”

Siapakah Penunggang GP Pertama Malaysia?

  • Dengan lebih ramai penunggang-penunggang dari Malaysia bertanding di peringkat antarabangsa di seluruh dunia, sudah tentu kita tertanya-tanya siapakah penunggang GP pertama Malaysia.
  • Terdapat ramai warga Malaysia yang telah bertanding di perlumbaan GP nasional dan juga serantau semenjak tahun 60-an hingga 80-an, seperti pelumba legenda Oh Kah Beng dikenali sebagai “Foreman Oh” dan Kuan Huah Chin dikenali sebagai “Bulldog Kuan”.
  • Penunggang GP moden pertama tidak lain dan tidak bukan, Shahrol Yuzy, yang memulakan kerjaya GP antarabangsanya pada tahun 1996 dan bersara pada tahun 2002.

Continue reading “Siapakah Penunggang GP Pertama Malaysia?”

HONDA ASIAN JOURNEY 2016: Konvoi ke MotoGP, Sepang

_d7n1579

Menemui semula ‘aura’ motorsikal berkuasa tinggi dalam konvoi Honda Asian Journey 2016 ke MotoGP

Honda telah menganjurkan konvoi serantau buat pertama kali meningkatkan kehadiran mereka dalam pasaran motorsikal berkuasa tinggi di Asia. Konvoi ini telah dinamakan Honda Asian Journey 2016.

_d7n1509

Program ini dijalankan sempena perlumbaan 2016 Shell Malaysia MotoGP yang berlangsung hujung Oktober lepas. Sepang International Circuit (SIC) adalah satu-satunya perlumbaan MotoGP yang dianjurkan di Asia Tenggara. Continue reading “HONDA ASIAN JOURNEY 2016: Konvoi ke MotoGP, Sepang”

2016 Malaysian Cub Prix season officially launched

MM_CUB_PRIX_2016_Launch-13

Malaysian Cub Prix underbone racing series officially launches its 2016 season and announces its calendar. Continue reading “2016 Malaysian Cub Prix season officially launched”