WorldSBK: Chaz Davies Mengalami Keretakan Tulang Belakang Ketika Kemalangan Di Perlumbaan 1 Misano

 

  • Semasa perlumbaan pertama untuk Pusingan Pireli Riviera Di Rimini WorldSBK di Misano, perlumbaan penuh aksi itu ditamatkan dengan Tom Sykes, Alex Lowes, dan Jonathan Rea melintasi garisan penamat di tempat teratas.
  • Ketika pusingan terakhir, Chaz Davies, Jonathan Rea, dan Marco Melandri yang mendahului perlumbaan pada ketika itu sebelum Melandri terbabas pada pertengahan pusingan itu.
  • Davies mengalami nasib yang sama dengan Melandri dan REa yang mengekorinya dengan rapat tidak dapat mengelaknya dan menggilis penunggang British berusia 30 tahun itu dengan jentera Kawasaki ZX-10RRnya.

Continue reading “WorldSBK: Chaz Davies Mengalami Keretakan Tulang Belakang Ketika Kemalangan Di Perlumbaan 1 Misano”

WorldSBK: Melandri Merangkul Kemenangan Ke-100 Penunggang Itali di Misano, Satu Lagi Podium Berganda Buat Kawasaki

  • Perlumbaan WorldSBK kedua di Misano menyaksikan kemenangan pertama perlumbaan yang menakjubkan buat Marco Melandri (Aruba.it Racing – Ducati) sejak 2014 di hadapan penyokong tuan rumahnya.
  • Bermula di kedudukan kesepuluh, Melandri mempertingkatkan rentaknya dan melintasi garisan penamat di hadapan penunggang-penunggang Kawasaki, Jonathan Rea dan Tom Sykes.
  • Chaz Davies tidak dapat bertanding untuk Perlumbaan 2 akibat kecederaan yang dialaminya ketika insiden malang di Perlumbaan 1 antaranya dengan Rea semasa bersaing untuk merebut kemenangan.

Continue reading “WorldSBK: Melandri Merangkul Kemenangan Ke-100 Penunggang Itali di Misano, Satu Lagi Podium Berganda Buat Kawasaki”

WorldSBK: Tom Sykes Memenangi Perlumbaan 1 Yang Dramatik Di Misano

 

 

  • Perlumbaan pertama untuk Pusingan Pirelli Riviera Di Rimini WorldSBK yang diadakan di Litar Dunia Misano “Marco Simoncelli” menyaksikan Tom Sykes (Kawasaki Racing Team) melintasi garisan penamat di tempat pertama pada pusingan terakhir yang dipenuhi drama.
  • Ketiga-tiga pendahulu perlumbaan yang terdiri daripada Chaz Davies (Aruba.it Racing – Ducati), Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team), dan Marco Melandri terbabas pada pusingan terakhir perlumbaan berkenaan.
  • Alex Lowes (PATA Yamaha Official WorldSBK Team) merangkul tempat kedua diikuti oleh Rea yang berjaya meraih kedudukan podium terakhir selepas pertembungan dengan Davies.

Continue reading “WorldSBK: Tom Sykes Memenangi Perlumbaan 1 Yang Dramatik Di Misano”

Kawasaki Mencipta Sejarah Dengan Kemenangan Ke-100 Di WorldSBK Menggunakan Jentera Ninja ZX-10RR

  • Kawasaki telah mencapai salah satu penanda aras yang terbesar pada pusingan terkini untuk siri WorldSBK di mana mereka telah mencapai kemenangan ke-100 keseluruhannya dalam siri perlumbaan itu.
  • Kedua-dua penunggang untuk Kawasaki Racing Team, Jonathan Rea dan Ton Sykes menyumbang kepada kemenangan yang ke-100 itu di litar Donington Park di mana mereka telah memonopoli kedua-dua Perlumbaan 1 dan juga Perlumbaan 2.
  • Pencapaian ini telah dicapai menggunakan senjata litar terulung dari Kawasaki, Kawasaki ZX-10RR yang cukup cemerlang.

Continue reading “Kawasaki Mencipta Sejarah Dengan Kemenangan Ke-100 Di WorldSBK Menggunakan Jentera Ninja ZX-10RR”