Hari kedua ujian tertutup ‘Sepang Shakedown’ menyaksikan Yamaha giat menguji jentera Yamaha YZR-M1 dengan pelumba uji Cal Crutchlow. Hari pertama di Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan Crutchlow berjaya mencatatkan kelajuan maksima 330km/j, naik 3km/j berbanding musim lalu. Ini sekaligus menyaksikan Yamaha cuba menunaikan permintaan Fabio Quartararo dalam menghadirkan kelajuan maksima yang lebih tinggi dalam usaha menyaingi…
Tag: Yamaha
Berita gembira untuk peminat YSuku apabila Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengemas kini kapcai popular itu bagi tahun 2023. Menurut HLYM, Yamaha Y15ZR kini datang dengan pilihan warna; Yellow, Silver, Matte Green dan Orange. Kesemua model baharu ini sudah mula dipasarkan di pengedar rasmi Yamaha seluruh negara bermula hari ini (7 Disember) dengan harga…
Malaysia antara negara Asean yang dibanjiri motosikal dengan lebih 13 juta motosikal direkodkan setakat hujung 2021. Jadi tidak hairanlah Malaysia menduduki tangga ke-4 dunia dengan 83 peratus isi rumah memiliki motosikal selepas Thailand, Vietnam dan Indonesia menurut WorldAtlas. Namun begitu, itu tidak bermakna Malaysia ditawarkan dengan motosikal pelbagai model sebaliknya terdapat beberapa model yang kami…
Yamaha dengan rasminya mengumumkan juara dunia Moto2 musim lalu, Remy Gardner akan sertai projek Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) bagi musim 2023. Menurut Yamaha, Gardner akan menggantikan tempat Garret Gerloff di pasukan GRT Yamaha WorldSBK. Pengumuman tersebut turut menjelaskan bahawa Gardner telah menandatangani kontrak bersama Yamaha. Bagaimanapun, ekoran masih terikat dengan KTM di MotoGP musim ini,…
Baru-baru ini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Hong Leong Yamaha Motor akan menghasilkan semula motosikal ikonik, Yamaha RXZ untuk pasaran tempatan. Meskipun dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana pembinaan enjin 2-stroke telah pun dihentikan di samping tidak mencapai standard emisi semasa negara (Euro 4) namun masih ada lagi yang berkongsi berita tidak sahih itu….
Tidak dinafikan, prestasi Fabio Quartararo kebelakangan ini kurang memberangsangkan. Meskipun masih lagi mendahului kejuaraan dunia MotoGP selepas 13 pusingan, namun tekanan yang diberikan pelumba Ducati, Francesco Bagnaia, semakin dirasai apabila pelumba Itali mencatatkan empat kemenangan berturut-turut baru-baru ini. Ini menjadikan Bagnaia telah pun menang enam daripada 13 pusingan setakat ini. Senario itu berlaku ekoran kegagalan…
Kami berpeluang menyaksikan motosikal elektrik pertama dari Yamaha, Yamaha E01 sewaktu acara Karnival Yamaha GenBlu di Teluk Batik, Perak, pada Sabtu. Dipertonton secara global pada Januari lalu, skuter elektrik itu akhirnya membuat penampilan di Malaysia menerusi Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Penampilan motosikal itu sudah pun dijangka apabila Yamaha Jepun mengumumkan Malaysia antara negara terpilih…
Lebih 30,000 pengunjung telah membanjiri perkarangan Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak di Terengganu bagi menghangatkan program RXZ Members 4.0 yang berlangsung pada Sabtu. Program tersebut turut memperlihatkan himpunan jentera Yamaha RXZ terbesar di Malaysia yang dianjurkan buat kali keempat selepas kali pertama diadakan pada 2017 dan kali terakhir pada 2019. Perhimpunan terbesar itu…
Seramai 180 penunggang motosikal Yamaha LC135 dengan nombor plat pendaftaran 1010 mengadakan konvoi seluruh negara dan juga beberapa negara Asia bagi memperkenalkan jentera Yamaha itu yang hanya dikeluarkan dan dijual di Malaysia. Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries, Datuk Dr. Jim Khor berkata, konvoi Kelab Keluarga Besar Yamaha LC1010 itu memulakan perjalanan secara berperingkat bermula…