Penunggang Moto2 BARU Pasukan SIC Racing Team, Niki Tuuli!

Pasukan SIC Racing Team telah menemui penunggang tetap mereka yang baru dan ianya adalah Niki Tuuli, penunggang bagi siri perlumbaan WorldSSP dari Finland. Penunggang berusia 22 tahun itu telah memulakan kerjaya penunggangan WorldSSP-nya pada lewat tahun 2016 namun telah menunjukkan prestasi yang telah mengagumkan ramai orang. Ketua Pegawai Eksekutif Litar Sepang, Dato’ Razlan Razali yakin…

WorldSSP – Kenan Sofuoglu Akan Bersara Selepas Hujung Minggu Ini

Juara WorldSSP sebanyak lima kali, Kenan Sofuoglu, telah mengumumkan bahawa dia akan bersara selepas hujung minggu ini. Perlumbaan terakhirnya akan berlangsung pada hujung minggu ini di Pusingan Itali Pata dari 11 hingga 13 Mei 2018 di Imola, Itali. Penunggang yang berasal dari Turki itu akan menumpukan perhatiannya pada perkara-perkara lain, terutamanya pada keluarga dan sekolah…

WorldSSP: Kenan Sofuoglu Mengalami KERETAKAN PINGGUL Di Tiga Tempat

    Juara WorldSSP lima kali, Kenan Sofuoglu telah mengalami kecederaan retak pada tulang pinggulnya di tiga tempat sewaktu sesi kelayakan pada hari Sabtu lalu apabila dia terbabas di Litar Magny Cours di Perancis. Penunggang berusia 33 tahun dari Turki itu sudah hampir pasti melayakkan dirinya di barisan hadapan perlumbaan sebelum dia terbabas dan telah diisytiharkan…

WorldSSP300 – Ana Carrasco Mencipta Sejarah Sebagai Penunggang Wanita Pertama Memenangi Perlumbaan Motosikal World Championship!

Perlumbaan WorldSSP300 pada hujung minggu lalu di Portugal menyaksikan Ana Carrasco (ETG Racing) mencipta sejarah sebagai penunggang wanita pertama memenangi perlumbaan motosikal Kejohanan Dunia. Penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu bertarung dengan hebat di sepanjang perlumbaan dan berjaya merangkul kemenangannya itu di selekoh terakhir dan melintasi garisan penamat di tempat pertama. Ketika ini, penunggang…

MotoGP: Michael van der Mark Akan Menggantikan Rossi di Aragon

  Penunggang bagi pasukan pengilang WorldSBK Yamaha, Michael van der Mark telah dipilih untuk menggantikan Valentino Rossi yang telah tercedera bagi pusingan MotoGP yang berikutnya di Aragon pada 24 September 2017. Penunggang berusia 24 tahun yang berasal dari Belanda itu bakal membuat kemunculan MotoGP yang pertama kalinya di atas jentera Yamaha YZF-M1 dengan sokongan daripada…

Kawasaki H2 Tempahan Khas Ala 80an?

  Para pembina pakar dari Wrenchmonkees yang bertapak di Copenhagen telah membina sebuah Kawasaki H2 tempahan khas yang diilhamkan dari motosikal lumba ketahanan retro. Motosikal dan projek ini telah ditempah oleh sebuah pengeluar kelengkapan menunggang Belanda, REV’IT! Rangkaian penunggangan dalam bandar REV’IT! yang menawarkan gaya dan juga teknologi terkini telah diterap pada motosikal tempahan khas…