Pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, telah pun mengesahkan bahawa pelumba di FIM CEV, Adam Norrodin akan menggantikan Jake Dixon dalam perlumbaan Moto2 di Silverstone, hujung minggu ini. Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook Live bekas pelumba negara itu di akaun Facebook miliknya. Bagaimanapun, menurut Zulfahmi, tiada sasaran diletakkan setakat ini sehinggalah Adam dapat merasa jentera…
Tag: PETRONAS Sprinta Racing
Pelumba Moto3, John McPhee meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan Petronas Sprinta Racing, memindahkan ketua kru, Mark Woodage, kepada Jake Dixon di Moto2. Perpindahan orang penting di belakang McPhee itu merupakan antara usaha Petronas Sprinta untuk membantu Dixon yang ketika ini bergelut di saingan Moto2. Bagaimanapun, McPhee gagal menyembunyikan kekecewaannya terhadap keputusan mengejutkan itu. “Senario ini…
Prinsipal Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali, menafikan dakwaan pasukan itu mengetepikan pelumba tempatan selepas tidak menyambung kontrak Khairul Idham Pawi @ KIP. Senario itu bertukar runcing apabila KIP mengumumkan persaraan menerusi temu bual bersama Nadi Arena, baru-baru ini. Menurut Razlan, banyak peluang telah diberikan kepada pelumba itu namun kegagalan menghadirkan keputusan memberangsangkan…
Demikian pendedahan dibuat prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali. Dia menganggarkan sekurang-kurangnya seorang pelumba tempatan dijangka sertai pasukan dalam kelas Moto2 atau Moto3 pada 2022. Senario itu dijangka berlaku selepas mengambil kira pelumba tempatan yang ketika ini sedang beraksi di Kejuaraan CEV Repsol. “Tahun ini mereka belum bersedia lagi. Mereka diberi…
Prinsipal pasukan PETRONAS Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali, memahami kecaman yang dilontarkan terhadapnya susulan pasukan itu menyingkirkan Khairul Idham Pawi musim depan. Karier KIP bersama PETRONAS Sprinta Moto3 berakhir hujung musim ini selepas pasukan itu tidak bercadang menawarkan kontrak sambungan. Bagaimanapun, Razlan bingkas dihujani kecaman tatkala rata-rata mempersoal objektif PETRONAS SRT yang sepatutnya…
Selepas dua musim bersama PETRONAS Sprinta di Moto3, pelumba negara, Khairul Idham Pawi (KIP) akan meninggalkan pasukan itu hujung musim ini. Perkara itu disahkan sendiri prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali dalam satu kenyataan, hari ini. “Walaupun mengenali kemampuan dan potensi KIP namun selepas dua tahun jelas kami tidak dapat memenuhi sasaran ditetapkan. “Dibelenggu kecederaan telah…
Petronas Sprinta Racing telah berjaya mendapatkan khidmat Darryn Binder bagi musim 2021 Moto3. Adik kepada Brad Binder itu membuat penampilan sulung di Moto3 pada 2015 merupakan pelumba tonggak bagi CIP Green Power musim ini namun bakal beralih daripada jentera KTM buat julung kalinya sejak 2016 kepada NSF250RW. Pelumba berusia 22 tahun itu menyatakan rasa teruja…
Selang 24 jam selepas Hafizh Syahrin sah menjadi pelumba Angel Nieto di Moto2 musim depan, bekas pelumba pasukan itu, Jake Dixon, pula disahkan menjadi tonggak baharu Petronas Sprinta bagi tahun 2020. Dixon bakal digandingkan dengan Xavi Vierge tatkala pasukan Petronas Sprinta memasuki musim ketiga di segmen Moto2. Musim 2019 merupakan penampilan sulung Dixon di kelas…
Petronas Sprinta Racing mengesahkan bahawa pelumba Moto2, Khairul Idham Pawi, akan kembali beraksi di Moto3 bagi musim 2020. KIP telah pun terlepas beberapa perlumbaan sebelum ini sejak mengalami kecederaan ketika di GP Sepanyol, Mei lalu. Dia juga telah menjalani tiga pembedahan termasuk minggu ini di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur. Sementara itu, Adam Norrodin akan…