Moto2: Folger Kembali, Ganti Khairul Idham Untuk Tiga Perlumbaan

Jonas Folger akan mewakili pasukan Petronas Sprinta Racing dalam perlumbaan Moto2 hujung minggu ini di litar Catalunya bagi menggantikan Khairul Idham Pawi. Folger bakal beraksi dalam tiga pusingan Moto2 sementara menanti Khairul sembuh sepenuhnya setelah mengalami kecederaan tangan ketika di GP Sepanyol, bulan lalu. Sebelum ini, Mattia Pasini merupakan pelumba gantian kepada Khairul Idham ketika…

SIC Anjurkan “Sesi Teh Tarik” Bersama Para Penunggang MotoGP!

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah menganjurkan satu “Sesi Teh Tarik” yang amat istimewa bersama dengan beberapa orang penunggang MotoGP. Acara ini telah diadakan di NZ Curry House dengan kemunculan istimewa oleh Ayumu Sasaki, Adam Norrodin, Niki Tulli, Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin, dan Danilo Petrucci. SIC juga turut memperkenalkan trofi rasmi yang akan dipersembahkan kepada…

Moto3 Phillip Island 2018: Albert Arenas Memenangi Perlumbaan Yang Mengujakan Di Phillip Island

Albert Arenas (Angel Nieto Team Moto3) berjaya merangkul kemenangan yang cukup memberangsangkan dalam kelas Moto3 di Phillip Island. Fabio di Giannantonio (Del Conca Gresini Moto3) dan Celestino Vietti (Sky Racing Team VR46) melengkapkan kedudukan atas podium. Jorge Martin (Del Conca Gresini Moto3) menjarakkan lagi jurang mata kejohanan setelah Marco Bezzecchi (Redox PruestelGP) sekali lagi gagal…

Pasukan MotoGP Malaysia Bakal Muncul Pada Tahun 2019?

Ada kebarangkalian bahawa Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan mengendalikan pasukan MotoGP Malaysia yang pertama pada tahun 2019. Khabar angin telah mengatakan yang SIC akan berada di Jerez pada hujung minggu ini untuk berbincang bersama MotoGP dan Yamaha. SIC mungkin akan bekerjasama dengan salah sebuah pasukan persendirian yang sedia ada dengan harapan untuk membawa bersama Hafizh,…

Ujian Valencia Moto2, Moto3 2018: Usaha Zulfahmi Khairuddin dan Adam Norrodin Dibantutkan Oleh Cuaca

  Ujian pra musim Moto2 dan Moto3 2018 telah berlangsung baru-baru ini di Valencia. Ketiga-tiga hari ujian berkenaan telah dibantutkan oleh hujan yang telah menyebabkan litar menjadi sejuk. Penunggang dari Malaysia, Zulfahmi Khairuddin (Moto2) dan Adam Norrodin (Moto3) meluangkan masa tersebut menyesuaikan diri dengan jentera masing-masing.