SIC dan Hafizh Syahrin telah mengesahkan tempat penunggang berkenaan dengan pasukan Monster Yamaha Tech3. Sesi ujian pertama Hafizh di atas jentera Yamaha YZF-M1 di Litar Antarabangsa Buriram cukup memberangsangkan. Tinggal satu lagi sesi ujian pra musim MotoGP di Qatar bermula dari 1 hingga 3 Mac sebelum bermulanya musim pada tahun ini.
Tag: pescao 55
Sky Sport telah menyiarkan berita bahawa Hafizh Syahrin akan menyertai kelas MotoGP. Dia akan menggantikan Jonas Folger bagi pasukan Monster Yamaha Tech 3. Sepang Racing Team sudah pun menandatangani Zulfahmi Khairuddin bagi menggantikan tempat Hafizh dalam Moto2.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Petronas telah menganjurkan satu sesi meet & greet bersama bintang Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin. Peminat juga berpeluang untuk mendapatkan tandatangan Hafizh. Hafizh berharap untuk melakukan yang terbaik pada hujung minggu ini dan mengucapkan terima kasih kepada Petronas serta peminatnya.
Pasukan Petronas Raceline Malaysia akan berpisah dengan Hafizh Syahrin pada tahun 2018. Hafizh Syahrin telah berjaya menaiki podium sebanyak dua kali pada tahun ini. Dia juga telah bersama dengan pasukan Petronas Raceline Malaysia sejak 10 tahun yang lalu.