Heaven MC, sebuah kelab yang ditubuhkan pada tahun 2015 yang kebanyakannya terdiri daripada para pemilik Harley-Davidson, namun ianya terbuka untuk semua jenis motosikal janaan V-Twin. Presidennya menyatakan yang ianya sebuah kelab motosikal nirlaba (non-profit) yang menyeronokkan. Kelab ini kebiasaannya menganjurkan konvoi dalam negara, dan turut menunggang ke Thailand sebanyak tiga kali dalam setahun.
Tag: motorcycles
Sebuah artikel yang telah disiarkan baru-baru ini oleh The Malay Mail menyaksikan pengarangnya merungut tentang penunggang motosikal menunggang motosikal mereka di atas Lebuhraya Persekutuan. Lebih banyak motosikal telah memasuki laluan utama kerana sebahagian daripada laluan motosikal telah ditutup bagi pengubahsuaian. Walaupun ada di antara mereka menunggang secara lalai, ianya tidak adil bagi melabel ke semua…
Sewaktu dalam keriuhan aksi MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini, Modenas Malaysia telah mencuri tumpuan dengan pelancaran Bakat Besi, Sebuah program mencari bakat yang pertama seumpamanya di Malaysia untuk Rekaan dan Kejuruteraan Motosikal. Program ini bertujuan untuk menawarkan para pembina, mekanik, pelajar serta penggemar motosikal satu peluang bagi menjadikan minat mereka sebagai satu…
Menurut laporan kajian tentang kesesakan jalan raya dari Belgium baru-baru ini, cara yang terbaik untuk mengurangkan kesesakan trafik terutamanya ketika waktu puncak adalah dengan menukar satu per empat daripada pemandu kereta menjadi penunggang motosikal. Kajian ini menyatakan bahawa hampir separuh, atau jumlah sebenarnya pada 40%, daripada kesesakan trafik dapat dikurangkan sekiranya 10% daripada…