Pasukan Aruba.it Racing – Ducati Superbike telah melancarkan jentera Ducati Panigale V4 R WorldSBK 2019 mereka. Penunggang mereka yang sedia ada, Chaz Davies akan disertai oleh penunggang baharu dan bekas pelumba MotoGP, Alvaro Bautista. Kejohanan WorldSBK musim 2019 menandakan kali pertama Ducati mempertaruhkan jentera janaan enjin V-Four.
Tag: motorcycle news malaysia
Team Suzuki Ecstar telah melancarkan jentera Suzuki GSX-RR 2019 bagi MotoGP musim 2019. Para penunggangnya adalah veteran pasukan Suzuki selama tiga tahun, Alex Rins dan penunggang rookie, Joan Mir. Motosikal GSX-RR 2019 telah dipertingkatkan dalam beberapa buah bahagian utama tanpa menjadkannya sebuah jentera serba baharu.
Model Yamaha YZF-R15 adalah sebuah motosikal lumba ringan. Kelebihannya adalah pada kelajuan menyelekohnya dan kelincahannya. Unit yang kami uji telah mengagumkan kami dengan kelajuan tertingginya.
Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke berkeras tidak akan memberikan diskaun bagi saman JPJ. Langkah ini adalah bagi memberi pengajaran kepada para pengguna jalan raya dan memastikan para pesalah tidak terlepas dengan hukuman yang ringan. Dia juga telah berbincang dengan pihak berkuasa tempatan dan menggesa mereka untuk tidak memberikan diskaun untuk kesalahan trafik.
JPJ telah menyenarai hitam dan mengeluarkan waran tangkap untuk 39,311 pengguna jalan raya yang tidak melunaskan saman AWAS mereka. 98,850 saman telah dikeluarkan sejak pemasangan 45 kamera AWAS pada bulan September 2018. Pesalah trafik mempunyai 60 hari untuk melunaskan saman mereka atau mereka akan diheret ke mahkamah.
Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan motosikal lumba ringan Yamaha YZF-R25 2019 pada hari ini. Ia menampilkan penggayaan dan panel badan baharu, diilhamkan dari jentera MotoGP YZR-M1. Motosikal 2019 ini tidak berubah dari segi mekanikal, kecuali untuk fork terbaliknya.
Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan motosikal sport-tourer Yamaha Tracer 900 GT 2019 pada hari ini. Ianya merupakan sebuah evolusi bagi model MT-09/Tracer 900 ‘standard’ dan tampil dengan pelbagai olahan semula. ‘GT’ pada namanya itu melambangkan semangat ‘Gran Turismo’ sebuah motosikal tourer berprestasi tinggi, yang akan membawa penunggangnya merentasi jarak yang jauh dengan pantas dan…
SURU Inc. telah menggunakan komponen buatan Malaysia bagi membina motosikal scrambler elektrik pertama dunia. SURU telah membina motosikal mereka di Kanada bagi memastikan kualiti yang tinggi. Model SURU Scrambler ini praktikal bagi mobiliti dalam bandar dan juga kawasan desa.
Motosikal Ducati Panigale V4 telah dinamakan motosikal lumba terlaris dunia pada tahun 2018. 6,100 unit telah dijual daripada keseluruhan 9,700 unit Panigale. Bagaimana pun, jualan keseluruhan Ducati telah jatuh sebanyak 5% akibat kemerosotan pasaran Amerika Syarikat.