Marc Marquez yang mengambil risiko dalam penggunaan tayar ketika sesi kelayakan di litar Brno semalam berjaya merekodkan petak pertama buat kali ke-58 sekaligus menyamai rekod disandang Mick Doohan. Pelumba Repsol Honda itu memilih untuk menggunakan tayar jenis ‘slick’ meskipun hujan baharu sahaja berhenti dan berjaya mencatat masa 2 minit 02.753 saat – 2.524 saat lebih…
Tag: MotoGP
Susulan pengumuman rasmi oleh KTM bahawa Brad Binder bakal mengambil alih tempat Hafizh Syahrin di MotoGP musim depan, Hafizh merancang untuk kembali ke Moto2 pada 2020. Hafizh merupakan pelumba Malaysia pertama untuk beraksi di kelas premier MotoGP apabila mendapat panggilan di saat akhir untuk menggantikan Jonas Folger di Tech3 Yamaha. Selepas aksi memberangsangkan dengan jentera…
Selepas merekodkan prestasi mengecewakan musim ini, pelumba veteran, Valentino Rossi menggunakan cuti sebaik mungkin untuk kembali bangkit bagi separuh kedua musim 2019 MotoGP. Jika dibandingkan dengan rakan sepasukan, Maverick Vinales, Rossi berdepan laluan lebih berliku kerana dia masih bergelut untuk mencapai keserasian dengan jentera M1. MotoGP akan kembali bersambung hujung minggu ini di Brno, Czech…
Pelumba MotoGP, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli dikhabarkan akan beraksi di Sepang 8 Hours hujung tahun ini. Menurut laporan Crash.net, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Dato’ Razlan Razali mahu menyaksikan kedua pelumba pasukan Petronas Yamaha itu beraksi dalam pertandingan sulung yang akan berlangsung pada 14 Disember ini. “Kami di SIC mahu menyaksikan…
Pendahulu kejuaraan MotoGP, Marc Marquez menyifatkan pesaing utamanya memasuki separuh musim 2019 adalah pelumba Yamaha dan bukannya Ducati. Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso merupakan pesaing terdekat Marquez sejak 2017 dan dia kekal di kedudukan kedua musim ini, namun 58 mata ketinggalan di belakang pelumba Honda Repsol itu sementara rakan sepasukan, Danilo Petrucci, ketiga. Bagaimanapun, prestasi Ducati…
Demikian kenyataan dibuat pengurus pasukan Yamaha MotoGP, Lin Jarvis mengenai masa depan pelumba veteran, Valentino Rossi yang kini telah mencecah usia empat dekad. Kontrak Rossi bersama Yamaha akan berakhir pada 2020 namun dia gagal memenangi sebarang perlumbaan dalam tempoh dua tahun ini di samping sedang berdepan prestasi terumbang-ambing. Rossi sekadar mengutip lapan mata dalam…
Demam MotoGP kembali di Malaysia dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekali lagi menerima kunjungan saingan MotoGP buat kali ke-20 pada 1 hingga 3 November ini. Sempena dengan ulangtahun ke-20 MotoGP di Malaysia, SIC berazam untuk memberikan pengalaman terbaik kepada orang ramai dan pelumba yang bakal bertandang ke Sepang nanti. Litar sepanjang 5.543 kilometer itu –…
Pengarah pasukan MotoGP Ducati , Paolo Ciabatti menuduh Alberto Puig dari Honda dengan sengaja memutarbelit kenyataannya bagi mencetuskan kontroversi. Ciabatti merujuk kepada temu bual Puig kepada El Confidencial di mana dia telah mengkritik Ducati yang sebelum ini didakwa membuat kenyataan bahawa kejayaan Honda tidak akan tercapai tanpa bantuan lima kali juara premier, Marc Marquez. Menurut…
Demikian kenyataan dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali berkenaan dengan masa depan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin. Kelmarin, KTM mengumumkan penyertaan Brad Binder yang bakal menggantikan tempat Hafizh bagi musim 2020 sebaik kontraknya berakhir bersama KTM Tech3 musim ini. Menurut Bernama, Razlan mendedahkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua tawaran menanti jawapan…