Honda Putar Belit Kenyataan Saya – Ciabatti, Ducati

Pengarah pasukan MotoGP Ducati , Paolo Ciabatti menuduh Alberto Puig dari Honda dengan sengaja memutarbelit kenyataannya bagi mencetuskan kontroversi.

Ciabatti merujuk kepada temu bual Puig kepada El Confidencial di mana dia telah mengkritik Ducati yang sebelum ini didakwa membuat kenyataan bahawa kejayaan Honda tidak akan tercapai tanpa bantuan lima kali juara premier, Marc Marquez.

Alberto Puig

Menurut laporan motorsport.com, Puig berkata, “Saya berasakan Ciabatti perlu kaji semula sejarah kemenangan Honda bagi kelas 500cc dan MotoGP serta semua kejuaraan yang telah kami capai. Kalau dia (Ciabatti) kaji balik sejarah, dia tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Hakikatnya, selepas pelbagai usaha yang Ducati lakukan sehingga kini – meskipun tampak meletihkan – mereka hanya mampu merekodkan satu kejuaraan dengan Casey Stoner, 12 tahun yang lalu.

“Ducati juga telah berusaha untuk mengikut peraturan teknikal sedia ada tetapi ketika ini, mereka masih gagal mencatat sebarang kejuaraan.”

Membidas kenyataan Puig, Ciabatti mendakwa bos Honda itu telah memutarbelit kenyatannya agar dapat menyerang Ducati.

“Puig sengaja memutarkan kenyataan saya dengan niat untuk mencetuskan kontroversi. Dengan cara ini, dia dapat lampu hijau untuk menyerang Ducati.

“Saya hanya menjelaskan bahawa Marc (Marquez) telah memainkan peranan besar dalam kejayaan Honda selama ini sejak membuat penampilan sulung MotoGP pada 2013.

“Dengan segala hormat kepada Honda, mereka mungkin tidak mencapai kejayaan sama meskipun dengan kehadiran dua pelumba hebat lain, Dani Pedrosa dan Cal Crutchlow.”

(SUMBER: motorsport.com)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.