MotoGP: Joan Mir Kembali, Tekad Habiskan Musim Terakhir Bersama Suzuki

Pelumba Suzuki, Joan Mir, akan kembali beraksi di litar MotoGP selepas disahkan sudah kembali cergas sepenuhnya.  Juara dunia musim 2020 itu telah pun terlepas empat pusingan setakat ini ekoran mengalami kecederaan kaki.  Bagaimanapun, Suzuki mengesahkan pelumba itu akan turun beraksi bersama jentera GSX-RR di Australia.  Sementara itu, Mir teruja dengan tahap kecergasannya ketika ini dan…

Konvoi Bersama Francesco Bagnaia Dan Jack Miller Ke Putrajaya Oktober Ini!

Sempena berlangsungnya MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 21 hingga 23 Oktober ini, Ducati Malaysia mengadakan sesi “Meet and Greet” bersama pelumba Ducati Lenovo Team. Berlangsung di pusat pameran Ducati Malaysia di Petaling Jaya, sesi tersebut membolehkan pemilik motosikal Ducati di Malaysia (Ducatisti) menemui Francesco Bagnaia dan Jack Miller dengan lebih dekat.  Lebih…

Ducati Malaysia Tawar Peluang Layan MotoGP Malaysia Dengan Pengalaman Terbaik!

Setelah dua tahun menyepi, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan kembali hangat dengan penganjurang Kejuaraan Dunia MotoGP pada 21 hingga 23 Oktober ini.  Bagi memastikan peminat Ducati menyaksikan perlumbaan penuh prestij itu dengan pengalaman terbaik, Ducati Malaysia menawarkan Pakej Tribuna Ducati. Dengan hanya RM499, peminat Ducati berpeluang menonton perlumbaan MotoGP di tapak Grandstand bersama Ducatisti lain. …

RASMI: Augusto Fernandez Sertai GASGAS Factory Racing

Grid MotoGP bagi musim 2023 akhirnya lengkap dengan pasukan GASGAS mengumumkan Augusto Fernandez sebagai pelumba rasmi pasukan itu musim depan. Fernandez, yang ketika ini mendahului kejuaraan dunia Moto2 mewakili pasukan Red Bull KTM Ajo, akan digandingkan bersama Pol Espargaro, musim depan.  Pelumba Sepanyol itu mempamerkan prestasi cemerlang di Moto2 musim ini selepas merekodkan empat kemenangan…

Francesco Bagnaia Akhirnya Dapat Lesen Motosikal Menjelang GP Aragon

Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang ketika ini antara pesaing utama kejuaraan dunia MotoGP, akhirnya berjaya mendapatkan lesen motosikal A3 di Itali. Lesen motosikal A3 membolehkan Bagnaia untuk menunggang pelbagai kapasiti motosikal dan tidak hanya terhad kepada motosikal bersesaran kecil. Siapa sangka, pelumba utama Ducati itu masih ketiadaan lesen motosikal jalan raya sebelum ini meskipun beraksi…

RASMI: Remy Gardner Angkat Kaki Ke WorldSBK Sertai Yamaha

Yamaha dengan rasminya mengumumkan juara dunia Moto2 musim lalu, Remy Gardner akan sertai projek Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) bagi musim 2023. Menurut Yamaha, Gardner akan menggantikan tempat Garret Gerloff di pasukan GRT Yamaha WorldSBK.  Pengumuman tersebut turut menjelaskan bahawa Gardner telah menandatangani kontrak bersama Yamaha.  Bagaimanapun, ekoran masih terikat dengan KTM di MotoGP musim ini,…

RASMI: Marc Marquez Kembali Berlumba Hujung Minggu Ini

Selepas menjalani Misano Test dengan cemerlang, lapan kali juara dunia, Marc Marquez akan kembali ke litar lumba MotoGP pada hujung minggu ini di GP Aragon. Pelumba Repsol Honda itu berjaya melengkapkan Misano Test yang berlangsung selama dua hari sebelum menyambung latihan intensif di rumah. Berdasarkan keputusan ujian, Marc Marquez dan Honda telah menetapkan pusingan seterusnya…

MotoGP: Nakagami Kekal Setahun Lagi Bersama LCR Honda

Takaaki Nakagami akan terus beraksi di kejuaraan dunia MotoGP musim 2023 setelah menandatatangani kontrak satu tahun bersama HRC. Meskipun sebelum ini didakwa tempatnya akan digantikan dengan pelumba Moto2, Ai Ogura namun HRC terus beri kepercayaan kepada pelumba berusia 30 tahun itu untuk beraksi bersama LCR Honda IDEMITSU, musim depan.  Ini bermakna Nakagami akan bersaing bersama-sama…

Misano Test: Quartararo Puas Hati, Yamaha M1 Dapat ‘Top Speed’ Lebih Baik

Tidak dinafikan, prestasi Fabio Quartararo kebelakangan ini kurang memberangsangkan. Meskipun masih lagi mendahului kejuaraan dunia MotoGP selepas 13 pusingan, namun tekanan yang diberikan pelumba Ducati, Francesco Bagnaia, semakin dirasai apabila pelumba Itali mencatatkan empat kemenangan berturut-turut baru-baru ini. Ini menjadikan Bagnaia telah pun menang enam daripada 13 pusingan setakat ini. Senario itu berlaku ekoran kegagalan…