Tiga kali juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo, menyifatkan aksi Valentino Rossi sewaktu di GP Doha sebagai mengecewakan. Setelah mencatat masa keempat terpantas di sesi kelayakan pada aksi pembukaan GP Qatar, Rossi bergelut dalam minggu seterusnya apabila sekadar mengisi petak ke-21 di GP Doha. Senario itu merupakan keputusan kelayakan terburuk dalam karier 25 tahun di MotoGP…
Tag: MotoGP
Pembinaan Litar Jalan Raya Mandalika di Indonesia telah mendapat perhatian Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB dalam satu kenyataan mengecam pendekatan yang digunakan dalam pembinaan litar tersebut yang dijadualkan akan melangsungkan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) dan kejuaraan MotoGP. Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pihak PBB mendapati Indonesia telah mencabul hak asasi orang asli…
Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez, akan kembali berlumba bermula di GP Portugal setelah hampir setahun diketepikan ekoran kecederaan. Enam kali juara dunia MotoGP itu tersisih daripada perlumbaan sejak mengalami kemalangan dalam aksi pembukaan di Jerez tahun lalu. Sejak itu, pelumba berusia 28 tahun itu telah pun menjalani tiga pembedahan di bahagian lengan kanan. Meskipun telah…
Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Valentino Rossi dan Franco Morbidelli, seakan bergelut sepanjang perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail yang menyaksikan Maverick Vinales muncul pemenang selepas 20 lap. Pelumba Pramac (Ducati), Johann Zarco serta pelumba factory Ducati, Francesco Bagnaia, melengkapkan podium kedua dan ketiga. Bagaimanapun, berbeza kisahnya buat pelumba Petronas SRT, Rossi dan…
Marc Marquez mengesahkan dirinya tidak akan terlibat dalam pusingan pertama dan kedua MotoGP di Litar Antarabangsa Losail, Qatar. Pelumba Repsol Honda itu membuat keputusan terbabit selepas menjalani dua sesi ‘track day’ dengan jentera RC213V-S di Barcelona dan Portimao, minggu lalu. “Selepas mendapat nasihat doktor, mereka menasihati saya bawah penting untuk tidak beraksi di GP Qatar…
Bekas pelumba Ducati, Andrea Dovizioso, bakal menjadi pelumba uji Aprilia di Jerez pada 12-14 April ini. Meskipun ketika ini persetujuan hanyalah untuk satu ujian namun Aprilia mengharapkan ujian itu akan membawa kepada kesepakatan untuk menjadikan Dovizioso selaku pelumba uji rasmi. Sementara itu, pelumba Itali itu turut berkongi rasa teruja dengan peluang diberikan Aprilia. “Saya berbesar…
Jack Miller menamatkan ujian pra-musim lima hari di Qatar sebagai pelumba terpantas setelah mencatat masa 1 minit 53.183 saat. Wakil Ducati MotoGP itu antara pelumba yang berjaya menjalani ujian simulasi perlumbaan sebenar dengan catatan masa konsisten 1m 54s. Keputusan ujian pra-musim ini secara tidak langsung meletakkan Miller antara pelumba pilihan bagi merebut kejuaraan musim 2021…
Franco Morbidelli meneruskan momentum musim lalu dengan muncul pelumba Yamaha terpantas bagi sesi ujian sulung musim 2021 di Qatar. Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu merekodkan masa ketujuh terpantas keseluruhan, dua kedududkan di atas pelumba factory, Maverick Vinales. “Lega dapat kembali menunggang, saya rindukan jentera M1 saya. “Saya sangat rindu akan kelajuan dan…
Prinsipal pasukan Gresini Racing, Fausto Gresini telah meninggal dunia selepas bertarung nyawa dengan Covid-19. Gresini, 60 tahun, berada di hospital sejak dua bulan lalu selepas dijangkiti Covid-19. Bekas juara dunia 125cc itu disahkan positif Covid-19 pada Disember lalu dan telah pun berada dalam unit rawatan rapi di hospital Maggiore Carlo Alberto Pizzardi, Bologna. Meskipun pada…