Azlan Shah Kamaruzaman merancang untuk merampas kedudukan pendahulu kejohanan pada hujung minggu ini sewaktu Pusingan 2 bagi siri perlumbaan ARRC 2018. Penunggang bagi pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu mempunyai kelebihan yang besar kerana Anthony West terpaksa menarik diri bagi pusingan tersebut. Azlan pada waktu ini berada di tempat ke-dua di belakang Anthony West…
Tag: Manual Tech KYT Kawasaki Racing
Azlan Shah telah membawa pulang sebuah motosikal Kawasaki KX450F serba baru pada hari ini untuk kegunaan latihannya bagi tahun 2018. Juara ARRC (Asia Road Racing Championship) 2017 itu akan mempertahankan takhtanya pada musim ini. Motosikal Kawasaki KX450F ini cukup sesuai bagi mana-mana penunggang yang memperbaiki tahap kecergasan, ketahanan dan ketangkasan mereka.
Azlan Shah Kamaruzaman telah mencatatkan masa terpantas semalam sewaktu ujian pra musim FIM ARRC 2018 di Buriram. Azlan, bersama pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing telah memacu jentera ZX-6Rnya mendahului penunggang dari Thailand, Decha Kraisart, dan seorang lagi penunggang negara, Zaqhwan Zaidi. Hari ke-2 ujian akan berlangsung pada hari ini di bagi mempersiapkan para penunggang…