281,527 Kemalangan Direkodkan, Selangor Dan Johor Penyumbang Utama

Malaysia merekodkan 281,527 kemalangan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman. Angka tersebut sekaligus menandakan peningkatan sebanyak 2.5 peratus berbanding tahun lalu – 274, 556. Selangor muncul sebagai negeri penyumbang tertinggi kes kemalangan dengan 83,607 diikuti Johor 41,161 dan Kuala Lumpur dengan 36,288. Menurut Pengarah JSPT…

GB Workshop Anjurkan Sesi Bual Bicara Kedai Pertama Buat Pemilik MV Agusta

Sesi bual bicara kedai adalah peluang di mana pengurus sesuatu perniagaan menjemput para pelanggan dan bakal pelanggan bagi memperkenalkan kepada mereka program dan perkhidmatan yang disediakan oleh kedai berkenaan. Tahun lalu, para pemilik MV Agusta dibiarkan terkapai-kapai setelah syarikat yang bertanggungjawab ke atas pengedaran jenama berkenaan di Malaysia telah menghentikan operasinya. Pada bulan Disember 2018,…

Heaven MC: Kelab Motosikal Malaysia Dengan Tujuan Mulia

Heaven MC, sebuah kelab yang ditubuhkan pada tahun 2015 yang kebanyakannya terdiri daripada para pemilik Harley-Davidson, namun ianya terbuka untuk semua jenis motosikal janaan V-Twin. Presidennya menyatakan yang ianya sebuah kelab motosikal nirlaba (non-profit) yang menyeronokkan. Kelab ini kebiasaannya menganjurkan konvoi dalam negara, dan turut menunggang ke Thailand sebanyak tiga kali dalam setahun.

WHO: Jalan Raya Thailand Paling Merbahaya Di Asia Tenggara, India Paling Tinggi Kadar Kematian Di Seluruh Dunia

Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan Thailand sebagai negara dengan kadar kematian kemalangan jalan raya tertinggi di kalangan negara Asia Tenggara. India pula mempunyai kadar kematian kemalangan jalan raya tertinggi di seluruh dunia. Kemalangan jalan raya adalah punca utama kematian bagi kanak-kanak dan orang dewasa di bawah umur 29 tahun.

Jerangkap Samar Di Laluan Motosikal Hampir Memenggal Kepala Penunggang

Encik Afiq Izwan telah memuat naik status ke akaun Facebooknya bahawa dia telah menjadi mangsa sebuah jerangkap samar di laluan motosikal. Seutas tali pancing telah dipasang merentasi laluan motosikal, mencederakan lehernya dan merosakkan helmetnya. Lokasi kejadian ini adalah berhampiran dengan susur keluar Lebuhraya DUKE ke Taman Rowther dan Taman Koperasi Polis 1, Gombak.