Pelumba KTM MotoGP, Johann Zarco mengumumkan dia tidak lagi akan mewakili pasukan berpangkalan di Austria itu selepas menerusi kenyataan yang dikongsi di laman Facebook miliknya. Zarco mengakui bukan mudah untuknya membuat keputusan tersebut namun memberi jaminan untuk terus berikan yang terbaik untuk baki saingan yang ada. Beberapa minggu lalu, KTM mengumumkan keputusan membawa masuk Brad…
Tag: KTM
KTM akan memberikan fokus sepenuhnya kepada saingan MotoGP musim depan apabila membuat keputusan untuk meninggalkan Moto2. Pengeluar motosikal Austria itu turut menjenamakan semula ke nama Husqvarna bagi kelas Moto3. Keputusan tersebut dibuat selepas KTM bergelut dalam saingan Moto2 – meskipun Brad Binder berjaya julang KTM di laman sendiri hari ini – apabila beralih ke enjin…
Marc Marquez yang mengambil risiko dalam penggunaan tayar ketika sesi kelayakan di litar Brno semalam berjaya merekodkan petak pertama buat kali ke-58 sekaligus menyamai rekod disandang Mick Doohan. Pelumba Repsol Honda itu memilih untuk menggunakan tayar jenis ‘slick’ meskipun hujan baharu sahaja berhenti dan berjaya mencatat masa 2 minit 02.753 saat – 2.524 saat lebih…
Susulan pengumuman rasmi oleh KTM bahawa Brad Binder bakal mengambil alih tempat Hafizh Syahrin di MotoGP musim depan, Hafizh merancang untuk kembali ke Moto2 pada 2020. Hafizh merupakan pelumba Malaysia pertama untuk beraksi di kelas premier MotoGP apabila mendapat panggilan di saat akhir untuk menggantikan Jonas Folger di Tech3 Yamaha. Selepas aksi memberangsangkan dengan jentera…
KTM Tech3 mengumumkan Brad Binder sebagai pelumba baharu pasukan itu menggantikan wakil negara, Hafizh Syahrin musim depan. Binder bakal digandingkan kembali dengan Miguel Oliviera yang merupakan rakan sepasukannya ketika di Moto2 dan Moto3. Senario ini sekaligus mengesahkan khabar angin bahawa tiada lagi tempat untuk Hafizh di KTM yang telah pun memasuki tahun akhir kontraknya musim…
Pengurus pasukan KTM Tech 3, Herve Poncharal mengharapkan jentera Hafizh Syahrin turun sama menggunakan swingarm gentian karbon seperti rakan sepasukan, Miguel Oliviera. Meskipun Hafizh tidak mendapat kemas kini terbaru itu ketika di Assen, dia masih mampu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15, dua di belakang Oliviera. Assen merupakan kali kedua Hafizh berjaya mengutip mata setelah bergelut…
Hafizh Syahrin masih belum membuat sebarang keputusan mengenai kariernya dalam saingan MotoGP tatkala timbul desas-desus bahawa dia akan turun semula ke Moto2. Menurut laporan Berita Harian, Pelumba Red Bull KTM Tech3 itu akui tidak berdepan masalah seandainya senario itu berlaku meskipun ketika ini ia hanya spekulasi. “Tidak salah sekiranya saya membuat keputusan untuk kekal di…
Johan Zarco mengharapkan tugas Dani Pedrosa sebagai penguji jentera KTM dapat membantu dirinya untuk menyesuaikan diri dengan jentera RC16. Zarco sekadar mengutip 10 mata setakat ini berbanding 38 mata yang dilakar rakan sepasukan, Pol Espargaro apabila bergelut untuk mendapat keserasian dengan jentera agresif KTM. “Saya datang daripada Yamaha, jadi saya sudah biasa dengan corak tunggangan…
Ketika Stefan Pierer mengambil alih KTM pada 1991, pengeluar motosikal berpangkalan di Austria itu berdepan masa depan yang suram apabila ketinggalan dibelakang berbanding jenama Jepun. Pierer kemudiannya mengambil masa beberapa tahun untuk memulihkan KTM dan hasilnya, 28 tahun kemudian, jumlah penghasilan motosikal KTM dalam masa sehari menyamai jumlah penghasilan dalam masa setahun ketika Pierer mula-mula…