Bajaj Kongsi Platform Dengan KTM, Bangunkan Jentera Elektrik Bersama

Bajaj mencuri tumpuan apabila mengesahkan kerjasama dengan Triumph bagi menghasilkan jentera segmen kecil dan sederhana namun kali ini pengeluar motosikal India itu bakal meneruskan kesinambungan tersebut dengan anak syarikat, KTM bagi menghasilkan motosikal elektrik. Difahamkan, KTM akan mengguna pakai asas motosikal eletrik yang terdapat pada Bajaj Chetak bagi menghasilkan jentera mereka sendiri. Ketika ini KTM…

Saya Tak Menyesal Tinggalkan KTM – Zarco

Belum cukup 24 jam aksi terakhir MotoGP bagi kalendar 2019 berakhir di GP Valencia semalam, pelbagai drama mula terungkap terutamanya melibatkan kekosongan di kem Repsol Honda selepas Jorge Lorenzo mengumumkan persaraan, Khamis lalu. Ketika Lorenzo mengumumkan keputusan tersebut, timbul desas-desus tempatnya akan diisi bekas pelumba KTM, Johann Zarco. Bagaimanapun, kini timbul dakwaan bahawa juara dunia…

KTM 250 Adventure Dilancarkan, Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Pelancaran KTM 390 Adventure menerima pelbagai reaksi positif ketika didedahkan di EICMA 2019 baru-baru ini bagaimanapun, apa yang mengejutkan pengeluar motosikal Austria itu turut memperkenalkan 250 Adventure. Meskipun tidak ditayangkan di EICMA, model baharu itu akan memasuki pasaran India sebagai jentera ‘entry-level’. Menurut laporan media di India, jentera tersebut telah pun menjalani beberapa sesi ujian…

EICMA 2019: Segmen ‘Entry-Level’ Dapat Ahli Baru, KTM 390 Adventure Diperkenalkan!

Selepas tujuh tahun penantian akhirnya KTM 390 Adventure dilancarkan di EICMA 2019! Jentera segmen adventure ini dijangka akan menarik perhatian ramai pencinta dua roda yang rata-rata mencari motosikal adventure tanpa perlu menghabiskan duit simpanan. Berkongsi enjin sama dengan KTM 390 Duke, model baharu ini diinspirasikan daripada 790 Adventure yang baru sahaja dilancarkan awal tahun ini….

Morbidelli, Norrodin Dan Binder Hangatkan Sesi ‘Meet & Greet’ Tourism Malaysia

Menjelang perlumbaan MotoGP Malaysia yang akan berlangsung 1 hingga 3 November ini, tourism Malaysia bersama-sama pelumba MotoGP telah mengadakan sesi ‘Meet & Greet’ yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic), hari ini. Antara pelumba bintang yang hadir adalah, Franco Morbidelli, Adam Norrodin, John McPhee, Ayumu Sasaki, Brad Binder, Jorge Martin, Can Oncu, Remy Gardner, Tetsuta…

Terima Tawaran Honda, Peluang Sertai Yamaha Ditutup – Zarco

Bekas pelumba KTM, Johan Zarco, mengakui peluang untuk menjadi ‘test ride’ untuk Yamaha telah tutup selepas dia menerima tawaran untuk menggantikan Takaaki Nakagami di LCR Honda. Zarco bakal mewakili Honda untuk baki tiga perlumbaan MotoGP musim ini selepas pelumba Jepun itu perlu direhatkan untuk menjalani proses pemulihan dari kecederaan. Pelumba Perancis itu sebelum ini telah…

KTM Bakal Perkenalkan Motosikal ADV 250cc?

Tatkala pengeluar lain sibuk menghasilkan jentera ADV yang lebih besar, KTM memiliki perancangan tersendiri bagi segmen itu bermula tahun depan. Menurut laporan Autocar India, KTM ketika ini sedang menguji jentera ADV dengan enjin bersesaran 250cc. Difahamkan, jentera tersebut bukanlah KTM 390 seperti yang didakwa sebelum ini. Awal tahun ini, KTM telah pun menguji Duke 390…

Hafizh Syahrin Akhirnya Sahkan Slot Ke Moto2

Selepas berbulan menanti kepastian tentang masa depan Hafizh Syahrin di saingan MotoGP musim depan, pelumba itu akhirnya mengesahkan telah menandatangani pra-kontrak bersama pasukan baharu di Moto2. Meskipun enggan mendedahkan nama pasukan tersebut namun timbul dakwaan bahawa dia akan ke Angel Nieto, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jake Dixon yang telah pun berhijrah ke Petronas Sprinta. Hafizh…