Berminat mencari jentera ‘track bike’ dengan DNA perlumbaan terbaik untuk kegunaan di litar lumba? Kami cadangkan sila layari Ebay ketika ini kerana jentera Kawasaki ZX-10R 2016 milik Jonathan Rea telah dibuka untuk bidaan bagi sesiapa yang mampu memilikinya. Lebih menarik, iklan tersebut dimuat naik pihak Provec Racing sendiri yang merupakan pihak yang mengendalikan operasi KRT…
Tag: KRT
Beberapa jam sebelum aksi pembukaan tirai Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) berlangsung di Aragon, Kawasaki Racing Team (KRT) kini berdepan isu ‘rev limit’. Hal ini kerana FIM telah membuat pusingan U untuk tidak memperuntukkan ‘rev limit’ 15,100rpm diberikan kepada KRT sekaligus memaksa pasukan itu mematuhi ‘rev limit’ yang ditetapkan pada 14,600rpm seperti yang diumumkan sebelum ini….
Kawasaki akhirnya melancarkan ZX-10R dan ZX-10RR secara rasmi dengan pelbagai kemas kini dan pembaharuan bagi tahun 2021. Paling mencuri tumpuan adalah rekaan depan yang nyata berbeza dengan model sebelumnya. Model sebelum ini tampak lebih kemas dan kompak namun bagi 2021, Kawasaki melaksanakan rombakan besar-besaran dengan menghadirkan rekaan luar biasa. Meskipun ada yang akan mempersoal rekaan…
Pasukan Kawasaki Racing Team WorldSBK telah memperkenalkan barisan penunggang mereka bagi tahun 2019 untuk kejohanan World Superbike Championship. Barisan penunggangnya terdiri daripada juara empat kali, Jonathan Rea dan penunggang baharu, Leon Haslam. Musim baharu akan bermula pada minggu hadapan di Phillip Island, Australia.
Penunggang bagi pasukan Kawasaki, Jonathan Rea, telah mendominasi musim WorldSBK 2018 setakat ini. Dia telah memenangi perlumbaan ke-lapan berturut-turut di Litar Magny-Cours, Perancis. Kemenangan ini bermakna dia telah berjaya merangkul kejohanan musim ini dengan baki empat perlumbaan.
Jonathan Rea telah mengesahkan bahawa dia akan terus berada dalam siri perlumbaan WorldSBK sehingga akhir tahun 2020. Penunggang berusia 31 tahun dari Ireland itu telah menandatangani perjanjian dua tahun bersama Kawasaki Racing Team. Pembaharuan kontrak ini juga telah menghentikan segala khabar angin yang megatakan bahawa dia akan berpindah ke MotoGP pada tahun 2019.
Jonathan Rea yang menunggang jentera Kawasaki Ninja ZX-10RR WorldSBK 2018-nya itu telah menetapkan catatan masa terpantas pada sesi ujian hari Jumaat di Jerez, Sepanyol pada minggu lalu. Juara WorldSBK tiga kali itu lebih pantas daripada ke lapan-lapan orang penunggang…
Jonathan Rea dan Kawasaki telah dinobatkan sebagai Juara WorldSBK 2017. Kemenangan ke-12 bagi musim ini buat Johnny Rea dan KRT. Rea telah mencipta sejarah sebagai penunggang pertama memenangi tiga kejohanan WorldSBK secara berturut-turut.