Brek Mengejut Di Lorong Laju, Honda CBR1000RR Ini Kena ‘Kunyah’ Kereta Lain

Baru-baru ini viral perkongsian video yang memaparkan sebuah motosikal berkuasa tinggi  telah terlibat kemalangan dengan sebuah kereta. Video berdurasi 1 minit itu menunjukkan motosikal jenis Honda CBR1000RR sedang bergerak dengan beberapa jentera lain di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Kuala Lumpur. Meskipun tidak pasti apakah punca kejadian tersebut namun rata-rata netizen mendakwa penunggang terbabit…

Lori Simen Jatuh Gaung di Sarawak, Tiga Maut

Tiga lelaki maut selepas lori simen yang mereka naiki terjatuh ke dalam gaung di Jalan Merit, Kapit, Sarawak, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan, sepasukan 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit digerakkan ke lokasi kejadian, selepas menerima panggilan lebih kurang 11.35 pagi. Bagaimanapun, berikutan jalan ke lokasi…

Karangan Pelajar Tentang Kemalangan Menjadi Kenyataan

Allahyarham Danial Danish Mohd Ali, 14, yang maut dalam kemalangan empat kenderaan di Kilometer 135.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 pada Sabtu lalu, bagaikan ‘tahu’ apa yang akan berlaku tiga hari sebelum menemui ajal dalam nahas terbabit. Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati itu seakan-akan mendapat firasat mengenai percutian keluarganya akan…

Langgar Lampu Merah: Penunggang Maut, Rakan Parah

Seorang penunggang motosikal maut manakala rakannya cedera parah apabila motosikal yang ditunggangi melanggar lampu isyarat merah sebelum dirempuh sebuah kereta di persimpangan Jalan Chain Ferry. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, dalam kejadian pada pukul 6.20 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun dilaporkan maut di tempat kejadian manakala pembonceng…

Mekanik Maut Dirempuh Trak Pikap Langgar Lampu Merah

Seorang mekanik tercampak sejauh 20 meter apabila dirempuh sebuah trak pikap yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat Padang Layang, Jalan Salor – Pasir Mas. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 petang itu, mangsa, Mohamad Zulkifli Zakaria, 59, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada dada…

Insiden ‘Overshoot’, Anggota Polis Maut Rempuh Kereta Di Lorong Bertentangan

Seorang anggota polis disahkan maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta dalam satu kejadian di KM 2, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, semalam. Anggota polis tersebut menunggang motosikal jenis Benelli TNT600 sewaktu kejadian yang berlaku sekitar jam 9.30 pagi. Mangsa disahkan sebagia Koperal Zarif Affandi, 31, bertugas di Balai Polis Petaling Jaya. Sementara…

Hajat Sertai RXZ Members 4.0 Tak Kesampaian, Lelaki 40 Tahun Maut Di LPT 2

Hasrat seorang pekerja buruh lelaki berusia 40 tahun untuk menyertai perhimpunan motosikal Yamaha RXZ di Kuala Nerus, Terengganu tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di KM 397.6, Lebuh Raya Pantai Timur 2 berhampiran Ajil, hari ini.  Mangsa, Mohd. Nazli Dasuki, disahkan meninggal dunia setelah mengalamai kecederaan serius di kepala. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi…

300 Kemalangan Motosikal Setiap Hari

Seramai 6,889 individu telah ditahan menerusi Op Samseng Jalanan di seluruh negara sejak 2020 hingga Jun tahun ini. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata negeri Johor mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi diikuti Kuala Lumpur, Selangor serta Kedah. Beliau berkata, hampir 300 kemalangan motosikal berlaku setiap hari di negara ini…

Kereta Menjunam 10 meter, Pemandu Cedera Ringan

Seorang lelaki hanya cedera ringan selepas kereta dipandunya terbabas dan terjatuh hampir 10m ke landasan kereta api berhampiran Wadi Hana, di Johor. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun  keluar sendiri dari kereta Proton Iriz sebelum dibantu orang awam. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd. Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata,…