Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) dengan secara rasminya telah mempratontonkan model Kawasaki Z900RS Cafe 2018 di tanah air kita. Acara pratonton ini telah diadakan di The Gasket Alley PJ bersempena dengan acara Distinguished Gentleman’s Ride Kuala Lumpur 2018. KMSB telah menetapkan harga bagi motosikal Kawasaki Z900RS Cafe 2018 pada RM72,372 (harga saranan dengan 10% SST).
Tag: Kawasaki cafe racer
Tahun 2018 telah menandakan kembalinya motosikal moden klasik Kawasaki dengan pengenalan motosikal Kawasaki Z900 RS dan Z900 RS CAFE RACER. Selepas bertahun lamanya motosikal Kawasaki W900 menjadi satu-satunya pilihan rangkaian ‘Heritage’ mereka, Kawasaki telah muncul dengan dua motosikal moden klasik yang dinanti-nantikan untuk tahun 2018. Kedua-dua motosikal Z900 RS dan Z900 RS CAFE RACER dijangkakan…
Ingin memiliki motosikal retro yang berkuasa? Kawasaki Z900RS CAFE 2018 boleh membantu anda. Pesaing terbaru dalam kancah motosikal cafe racer dari Kawasaki ini didatangkan dengan rekabentuk serta kemasan grafik yang cantik sekali, yang akan memikat para penggemar motosikal retro dan juga motosikal moden. Enjin empat selari 948cc-nya itu mampu menjana sehingga 110hp dan…