MotoGP: Andrea Iannone Sah Bakal Berpisah Dengan Suzuki

Andrea Iannone akan meninggalkan Team Suzuki Ecstar pada penghujung musim MotoGP 2018 ini. Penunggang dari Itali tersebut juga telah menyatakan bahawa masa depannya dalam kelas premier ini akan ditentukan dalam minggu yang berikutnya. Pasukan pengilang Suzuki tersebut kini sedang berusaha memikat juara dunia Moto3 2017 dan kini sedang bersaing dalam Moto2, Joan Mir.