Ni Perlumbaan MotoGP Yang Mana Pulak?

  Sekumpulan peminat cilik MotoGP di Indonesia telah mencipta semula aksi perlumbaan dua roda popular dunia itu di sebuah ladang kelapa sawit. Menggunakan apa yang ada, kanak-kanak ini berjaya ‘menghidupkan’ suasana ala MotoGP terutamanya ketika sebelum perlumbaan dengan kehadiran ‘gadis’ litar memegang payung daripada daun pisang. Saksikan perlumbaan terbabit di bawah: Apa yang mencuri perhatian,…

Parking Ikut Suka, Dapat Donat Percuma

Seorang pemilik motosikal Indonesia telah diberikan pengajaran kerana memarkir motosikalnya secara sambil lewa. Motosikalnya itu telah menghadang sebuah gerai, dan oleh kerana itu, pemilik gerai berkenaan telah membalas dengan menggantikan tayar hadapan motosikal tesebut dengan sebiji donat. Jadi, ambil pengajaran dari berita ini dan tolong pastikan motosikal yang kita parkir tidak mengganggu orang lain.

WHO: Jalan Raya Thailand Paling Merbahaya Di Asia Tenggara, India Paling Tinggi Kadar Kematian Di Seluruh Dunia

Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan Thailand sebagai negara dengan kadar kematian kemalangan jalan raya tertinggi di kalangan negara Asia Tenggara. India pula mempunyai kadar kematian kemalangan jalan raya tertinggi di seluruh dunia. Kemalangan jalan raya adalah punca utama kematian bagi kanak-kanak dan orang dewasa di bawah umur 29 tahun.