Hong Leong Yamaha (HLYM) Lancarkan Buku Panduan Kesedaran Persediaan Penunggangan

HLYM telah melancarkan Buku Panduan Kesedaran Keselamatan Penunggangan bagi memupuk kesedaran keselamatan terutamanya di kalangan pemilik motosikal baharu. Makalah ini akan disertakan dengan setiap motosikal baharu yang dibeli melalui wakil pengedar. Wakil pengedar bertanggungjawab dalam memberi taklimat kepada setiap pemilik baharu mengenai keselamatan, yang terdapat dalam makalah berkenaan.

Yamaha Pratontonkan Motosikal Yamaha YZF-R6 2017 Semasa MotoGP Sepang

Pusingan MotoGP Malaysia 2017 baru-baru ini telah menyaksikan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) membuat sebuah pratonton motosikal Yamaha YZF-R6. Terletak di dalam astaka gergasi di kawasan Mall Area dalam Litar Antarabangsa Sepang, motosikal R6 yang terbaru itu telah diletakkan bersebelahan dengan motosikal Yamaha YZF-R1S. Motosikal Yamaha SCR950, XSR700, MT-03, dan MT-07 Tracer 2017 juga turut…