Skuter popular dari Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Yamaha NMax 2021 tampil dengna dua pilihan warna baharu, Power Grey dan Icon Grey. Meskipun kedua-duanya memfokuskan skema warna kelabu namun masing-masing tampak berbeza. Bagaimanapun, aspek teknikal kekal sama dengan NMax 2021 ini dikuasakan enjin satu silinder 155cc yang menawarkan 15.4PS dan 13.9Nm. Tiada perubahan harga diumumkan…
Tag: Hong Leong Yamaha Motor
Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan Yamaha NVX 2021 menerusi siaran virtual hari ini. Bagi tahun 2021, Yamaha NVX tampil dengan dua varian, standard dan dengan ABS sekaligus memperkembangkan pilihan bagi segmen skuter 150cc. NVX baharu ini menjadi model Yamaha pertama di Malaysia menawarkan ciri Y-Connect, yang membolehkan penunggang memadankan telefon pintar kepada skuter bagi…
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna baharu bagi YZF-R15 yang bakal sertai dua pilihan warna sedia ada. R15 kini ditawarkan dengan warna Silver bagi tahun 2021, di samping pilihan warna Race Blu dan Black yang telah pun ditawarkan sejak Oktober tahun lalu. Versi 2021 ini hanya menampilkan pilihan warna baharu dengan ciri lain masih…
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah pun melancarkan Y16ZR VVA 2021 untuk pasaran tempatan, semalam. Motosikal ini digerakkan dengan enjin 155cc SOHC sama yang memacu R15 dan MT-15 yang menjana 17.7hp pada 9,500rpm dan 14.4Nm pada 8,000rpm yang dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan (dengan bantuan klac assist/slipper). Ekoran dikuasakan dengan enjin 155cc, faktor itu sekaligus menjadikan…
Hong Leong Yamaha Motor dengan rasminya melancarkan Yamaha Y16ZR VVA serba baharu untuk pasaran tempatan. Motosikal ‘kapcai’ popular di Malaysia itu kni tampil dengan enjin lebih besar dan dipadankan dengan sistem VVA (variable valve actuation). Mendapat inspirasi daripada ‘abang besar’ Yamaha YZF-R1, rekaan keseluruhan Y16ZR ini tampil lebih agresif dan moden terutamanya bahagian depan yang…
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menawarkan empat pilihan warna baharu bagi Yamaha 135 LC untuk tahun 2021. Orang ramai boleh memilih tiga pilihan warna di antara Yamaha Blue, Fiery Red dan Metallic Cyanm namun bagi yang mahukan kelainan, HLYM menawarkan pilihan warna Stealth Gold. Meskipun tiada perubahan harga bagi tiga warna standard yang masih kekal…
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan harga rasmi bagi MT-15. Orang ramai kini boleh mendapatkan Yamaha MT-15 dengan harga RM11,988 sebelum cukai jalan dan insurans dan memilih antara warna Ice Fluo atau Yamaha Blue. Yamaha MT-15 membuat penampilan sulung di Malaysia September lalu sewaktu pelancaran MT-25. Menariknya, MT-15 meneruskan DNA ‘Monster of Torque’ yang…
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan warna baharu bagi Yamaha Y15ZR 2020. Orang ramai boleh memilih empat pilihan warna berikut, Matte Titan, Cyan, Red dan Blue dan kesemua motosikal ini sudah boleh didapati di setiap pengedar rasmi Yamaha seluruh negara tanpa sebarang perubahan harga RM8,168 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Setiap pembelian juga…
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan penutupan sementera Pusat Servis Yamaha dan Lifestyle Station di Sungai Buloh. Keputusan itu dibuat susulan salah seorang daripada pelatih Motorcycle Education & Training Academy (META) di HLYM didapati positif Covid-19 pada 1 Oktober lalu. Menurut HLYM dalam satu kenyataan, pelatih itu tidak hadirkan diri di META sejak 1 Oktober…