Saban tahun, EICMA menjadi medan pilihan bagi pengeluar motosikal untuk mempamerkan jentera konsep atau model baharu tetapi kebelakangan ini, Tokyo Motor Show semakin menjadi pilihan utama bagi pengeluar motosikal Jepun. Bagi edisi 2019, Honda bakal memperkenalkan CT125 – sebuah motosikal konsep yang berlandaskan Honda C125 namun telah disuntik dengan ciri scrambler. Honda sebelum ini pernah…
Tag: honda
Selepas mendengar keluhan peminat motosikal adventure, Honda memperkenalkan Africa Twin 2020 yang kini tampil lebih berkuasa dan ringan. Honda telah mengikut jejak BMW untuk menghasilkan sebuah motosikal adventure yang lebih besar dan berkuasa dengan enjin 1084cc parallel twin. Menurut laporan Gear Patrol, model baharu ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemas kini bersifat teknikal antaranya, kepala…
Jorge Lorenzo menafikan dia bakal meninggalkan pasukan MotoGP Honda sepertimana yang dilakukan Johann Zarco terhadap KTM. Meskipun mengakui tidak gembira di Honda namun Lorenzo enggan membuat keputusan drastik seperti Zarco yang menamatkan kontrak dua tahun bersama KTM bulan lalu. Zarco turut kehilangan tempatnya untuk baki saingan musim ini apabila digantikan dengan Mika Kallio. Lorenzo turut…
Pelancaran pasukan Idemitsu Boon Siew Honda Racing semalam turut menampilkan kehadiran jentera Honda CBR250RR. Jentera tersebut merupakan jentera yang akan diguna pakai Idemitsu Boon Siew Honda Racing dalam kelas Asian Production 250cc di ARRC, hujung minggu ini. Rata-rata peminat dua roda di Malaysia mahu melihat Honda CBR250RR dipasarkan di Malaysia namun ketika ini jentera terbabit…
Jenama fesyen ‘streetwear’ terkenal, Supreme, telah mendedahkan koleksi bagi musim Fall/Winter yang akan dipasarkan Khamis ini dan antara yang paling mencuri tumpuan adalah kolaborasi dengan Honda bagi jentera CRF250R. Supreme CRF250R tampak lebih menonjol dengan jenama Supreme yang melitupi keseluruhan motosikal. Ketika ini tiada harga diumumkan tetapi pastinya ‘reseller’ akan menaikkan harga asal berlipat ganda…
Jorge Lorenzo tidak akan sertai Pramac Ducati bagi musim 2020 sebaliknya akan menghabiskan baki kontrak dengan Honda. Motorsport.com melaporkan pelumba Sepanyol itu telah bertemu dengan pengurus pasukan, Alberti Puig semalam dan menyuarakan niatnya untuk kekal di Honda selepas khabar angin mengaitkannya kembali ke Ducati. Keputusan itu sekaligus membuka peluang kepada pelumba Pramac Ducati, Jack Miller…
Perkembangan mengenai masa depan Jorge Lorenzo menjadi lebih menarik kali ini apabila Motorsport.com mendakwa pelumba Sepanyol itu menawarkan khidmatnya kepada Petronas Yamaha bagi 2021. Pasukan satelit Yamaha itu muncul antara pilihan Lorenzo sekiranya dia meninggalkan Honda selain daripada menggantikan Jack Miller di Pramac Ducati seawal musim depan. Lorenzo telah menandatangani kontrak dua tahun untuk…
Marc Marquez yang mengambil risiko dalam penggunaan tayar ketika sesi kelayakan di litar Brno semalam berjaya merekodkan petak pertama buat kali ke-58 sekaligus menyamai rekod disandang Mick Doohan. Pelumba Repsol Honda itu memilih untuk menggunakan tayar jenis ‘slick’ meskipun hujan baharu sahaja berhenti dan berjaya mencatat masa 2 minit 02.753 saat – 2.524 saat lebih…
Honda Malaysia mengumumkan sejumlah 7,050 unit CR-V 2018 perlu digantikan ‘gear push knob button’ sebagai langkah berjaga-jaga. Bagaimanapun, setiap model sedia ada yang dijual tidak terkesan dengan kempen kemaskini produk ini. Kempen ini adalah langkah berjaga-jaga bagi menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi Honda CR-V 2018 berkaitan dengan tuil gear terutamanya ketika mahu mengubah daripada ‘parking’…