Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi model RS150R 2022 meskipun Honda RS-X telah pun dilancarkan sebelum ini. Bagi tahun 2022, RS150R tampil dengan pilihan warna Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Radiate Grey Metallic disamping jalur grafik baharu. Bagaimanapun, tiada perubahan dilakukan terhadap bahagian enjin yang masih lagi digerakkan platform satu silinder…
Tag: Honda RS150R
Boon Siew Honda membuka kalendar 2020 dengan memperkenalkan Honda RS150R 2020 baharu. Rekaan Honda RS150R kini dipertingkat dengan rekaan lebih sporty ditambah dengan sentuhan premium. Selaras dengan konsep ini, fender belakang telah direka semula bagi menampilkan lampu brek yang lebih tirus sekaligus mempertingkatkan visual keseluruhan. Selain daripada rekaan yang menonjol, Honda RS150R ini turut…
Meskipun ramai yang mengharapkan Honda RS150R V2 datang dalam bentuk Winner X – jentera cub yang dipasarkan di Vietnam – namun model kemas kini ini masih ada serinya. Kami melakukan tinjauan di Welly Team Cycle Subang Bestari bagi melihat dengan lebih dekat Honda RS150R V2 yang dihasilkan berdasarkan Supra GTR yang dipasarkan di Indonesia. Walaupun…
Sejak dilancarkan pada 2016, Honda RS150R bingkas mendapat tempat di hati peminat kapcai di Malaysia. Bagaimanapun, dalamt tempoh tiga tahun ini, beberapa model kemas kini telah dipasarkan di negara jiran antaranya, Honda Winner X di Vietnam dan Supra GTR 150 di Indonesia. Baru-baru ini, kami diberitahu bahawa Honda RS150R V2 akan diperkenalkan dalam masa terdekat…
Salah sebuah kelab pemilik Honda RS150R Selangor, Gombaking, telah menganjurkan tunggangan Gombaking Ride Silaturrahim ke Perak semalam. Lebih daripada 130 orang pemilik motosikal Honda RS150R dari Selangor dan Perak telah berhimpun di Ngee Fatt Motors Enterprise Sdn. Bhd. Tujuan perhimpunan ini adalah untuk menjalinkan silaturrahim antara pemilik Honda RS150R dari negeri-negeri berbeza di Malaysia.
Racing Boy telah memperkenalkan “Race Ready Collection 2018” terbaru mereka yang khusus untuk motosikal 150cc. Motosikal-motosikal seperti Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR akan disediakan dengan satu rangkaian penuh kelengkapan selepas jualan (aftermarket) bagi mempertingkatkan lagi rupa dan prestasi motosikal-motosikal ‘cub’ tersebut. Kelengkapan selepas jualan RCB telah pun terbukti kehebatannya dalam siri Asia Road Racing Championship…
Apabila kita bercerita tentang motosikal cub atau kapchai yang ada di Malaysia, Honda RS150R sudah pasti antara nama yang pertama berada dalam senarai itu dengan rekaannya yang moden dan prestasi yang menakjubkan. Baru-baru ini, motosikal Honda RS150R itu telah membuktikan dirinya sebagai jentera yang amat boleh diharapkan serta tahan lasak apabila pasangan pengantin baru…
Pasangan dari Malaysia, Mohd Alfishahrin Zakaria dan Diane Latief telah pulang ke Malaysia lewat malam semalam setelah menamatkan tunggangan bulan madu global Honda RS150R yang epik. Pasangan pengantin baru itu telah menghabiskan masa lebih dari enam bulan menunggang motosikal supercub Honda RS150R merentasi 25 buah negara sebelum tiba di London, England. Pasangan ini telah disambut…