Honda RS150R Dikemas Kini Dengan Warna Baharu – RM8,299

Advertisements

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi model RS150R 2022 meskipun Honda RS-X telah pun dilancarkan sebelum ini.

Bagi tahun 2022, RS150R tampil dengan pilihan warna Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Radiate Grey Metallic disamping jalur grafik baharu.

Bagaimanapun, tiada perubahan dilakukan terhadap bahagian enjin yang masih lagi digerakkan platform satu silinder 149.2cc yang menghasilkan 15.8hp pada 9,000rpm dan 13.6Nm pada 7,000rpm.

Spesifikasi lain juga kekal antaranya lampu utama LED, meter digital, fork teleskopik depan dan penggunaan cakera brek depan dan belakang.

Honda RS150R 2022 ini ditawarkan pada harga RM8,299 (sebelum cukai jalan dan insurans).

Advertisements