Proton Jual 9,225 Unit Pada Februari, X50 Paling Rancak

Advertisements

Proton kembali merekodkan angka jualan sihat bagi bulan Februari selepas pengeluar kereta nasional itu terpalit dengan isu banjir pada Januari.

Menurut Proton, jualan Februari catat 107 peratus peningkatan berbanding bulan sebelumnya dengan 9,225 unit (domestik dan eksport) berjaya dijual.

Pemulihan jualan itu juga sekaligus menyaksikan Proton kembali semula di kedudukan kedua dalam pasaran.

Sementara itu, kilang pengeluaran di Shah Alam dan Tanjung Malim yang kembali beroperasi sepenuhnya turut menyumbang kepada jumlah jualan secara keseluruhan.

Pada masa sama, Proton menjangkakan jualan Saga akan kembali meningkat beberapa bulan akan datang selepas hanya 2,951 unit dijual pada Februari.

Bagaimanapun, jualan model lain terutamanya X50 dan X70, merekodkan angka jualan melebihi sasaran awal yang ditetapkan.

Sementara itu, meskipun Proton mengemas kini Proton Iriz dengan memperkanlakn varian Active, hanya 321 unit berjaya dijual bulan lalu.

Berikut angka jualan mengikut model:

  • Proton X50 – 3,002 unit
  • Proton X70 – 1,119 unit
  • Proton Persona – 1,675 unit
  • Proton Exora – 157 unit
  • Proton Iriz – 321 unit
Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.