Sebagai salah satu cara mereka mengiktiraf dan menghargai para pemilik dan kelab pemilik Harley-Davidson di Malaysia, Harley-Davidson Petaling Jaya telah menjadi tuan rumah untuk acara konvoi dan pelbagai aktiviti. Kumpulan terkini yang telah berhimpun di HDPJ adalah Kingz MG sewaktu konvoi mereka menuju ke Pantai Timur. HDPJ telah memberi sokongan kepada konvoi ini dengan memberikan…
Tag: harley petaling jaya
Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ) telah menjemput para pemilik Harley menyertai satu sesi “shop talk”. Bual bicara merangkumi aspek teknikal dan ciri-ciri rangkaian Softail 2018. Bual bicara ini juga termasuklah mengenai kempen penyelenggaraan brek, pengenalan kepada motosikal dan enjin baru, dan Motorclothes.
Harley-Davidson Petaling Jaya yang baru dibuka kini menawarkan cara yang hebat bagi mereka yang berminat untuk mendalami gaya hidup Harley. Kos penyelenggaraan dan pemilikan kini lebih berpatutan di HDPJ. HDPJ juga telah mengenepikan yuran lokalisasi buat motosikal Harley yang dibeli melalui pengimport selari.
Seperti yang telah dijanjikan oleh Harley-Davidson Petaling Jaya sewaktu pelancaran mereka, akan ada pelbagai aktiviti serta tunggangan yang akan dijalankan. Selain daripada tunggangan Harley Owners Group Petaling Jaya yang telah diadakan pada bulan lalu, kumpulan Sportster Malaysia telah mengadakan Tunggangan Tahunan kali ke-4 mereka pada hari ini. Harley-Davidson Petaling Jaya telah mengalukan kemunculan semula kumpulan…
Pengedar sah Harley-Davidson Petaling Jaya yang baru telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Ianya merupakan pengedar sah yang pertama sejak Harley-Davidson bertukar rakan pengedar rasmi. Lebih banyak kedai pengedar sah akan dibangunkan di seluruh Malaysia.