Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Ladies of Harley Malaysia merupakan sekumpulan penunggang Harley-Davidson wanita. Mereka telah bersatu atas dasar sukakan menunggang motosikal. Mereka telah melakukan tunggangan pertama mereka dari Harley-Davidson Petaling Jaya menuju ke Melaka.
Tag: harley-davidson petaling jaya
Seperti yang telah dijanjikan oleh Harley-Davidson Petaling Jaya sewaktu pelancaran mereka, akan ada pelbagai aktiviti serta tunggangan yang akan dijalankan. Selain daripada tunggangan Harley Owners Group Petaling Jaya yang telah diadakan pada bulan lalu, kumpulan Sportster Malaysia telah mengadakan Tunggangan Tahunan kali ke-4 mereka pada hari ini. Harley-Davidson Petaling Jaya telah mengalukan kemunculan semula kumpulan…
Harley-Davidson Petaling Jaya telah melancarkan HOG Petaling Jaya Chapter yang baru. Bersempena dengan pelancaran tersebut, mereka telah menganjurkan “HOG Petaling Jaya’s Inaugural Ride”. Tunggangan tersebut bermula di kedai pengedar rasmi yang baru itu di The Gasket Alley menuju ke Tanjung Malim dan kembali semula ke cawangan tersebut.
Harley-Davidson Motor Company, Inc. telah memulakan satu Kempen Panggilan Semula Keselamatan bagi menggantikan bendalir brek yang lama bagi sesetengah model. Model-model yang terlibat adalah model Touring, CVO Touring dan V-Rod dengan ABS dari tahun 2008 hingga 2011. Kedai pengedar rasmi Harley-Davidson terbaru di Malaysia, Harley-Davidson Petaling Jaya, akan mengendalikan kempen ini di tanah air kita.
Pengedar sah Harley-Davidson Petaling Jaya yang baru telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Ianya merupakan pengedar sah yang pertama sejak Harley-Davidson bertukar rakan pengedar rasmi. Lebih banyak kedai pengedar sah akan dibangunkan di seluruh Malaysia.
Berita hebat buat semua pemilik Harley-Davidson di Malaysia! Pusat perkhidmatan rasmi Harley-Davidson di The Gasket Alley telah dibuka secara rasminya semalam (Sabtu, 8 Disember).