Harley-Davidson Petaling Jaya berjaya merangkul anugerah Penjualan Terbaik buat kali kedua berturut-turut bagi pasaran membangun Asia. Penganugerahan ini membuktikan H-D Petaling Jaya menawarkan perkhidmatan selepas jualan paling terbaik kepada semua pemilik Harley-Davidson di Malaysia. Kejayaan ini merupakan kesinambungan dari meraih anugerah sama bagi suku pertama tahun ini. Bagi Pengerusi Goh Brother Group, Goh Kian Sin,…
Tag: harley-davidson petaling jaya
Harley-Davidson Petaling Jaya memperkenalkan Iron 1200 dalam usaha untuk meningkatkan lagi jenama Sportster yang menggabungkan rekaan lama dan trend motosikal kustom dengan enjin Evolution 1200 V-Twin. Sejak diperkenalkan pada tahun 1957, motosikal Sportster telah melalui pelbagai proses rekaan semula di tangan Harley-Davidson dan juga pemilik motosikal. Rekaan grafik di tangki yang baharu – diinspirasikan dari…
Kita telah berpeluang untuk bersembang dengan Dato’ Anand, Presiden Shadowfax MG. Kumpulan motosikal ini bergerak aktif berkonvoi dan melakukan kerja kebajikan di Malaysia dan luar negara. Mereka mempunyai rancangan untuk menunggang ke Jepun dan London dengan motosikal Harley mereka.
Heaven MC, sebuah kelab yang ditubuhkan pada tahun 2015 yang kebanyakannya terdiri daripada para pemilik Harley-Davidson, namun ianya terbuka untuk semua jenis motosikal janaan V-Twin. Presidennya menyatakan yang ianya sebuah kelab motosikal nirlaba (non-profit) yang menyeronokkan. Kelab ini kebiasaannya menganjurkan konvoi dalam negara, dan turut menunggang ke Thailand sebanyak tiga kali dalam setahun.
Konvoi “Tour Melaka 2018” telah diadakan bagi mempromosikan Melaka sebagai destinasi yang menyeronokkan buat penunggang motosikal, yang merupakan sebahagian daripada kempen Tahun Melawat Melaka 2019. Oleh itu, pihak penganjurnya telah menjemput para penunggang dari Thailand dan Singapura. Konvoi ini membawa para peserta mengunjungi tempat-tempat tarikan pelancong paling popular di sekitar Melaka dalam tempoh dua hari.
Kingz Motorcycle Group telah menyambut ulang tahun mereka yang ke-tiga baru-baru ini. Kira-kira 100 orang penunggang telah memulakan perjalanan dari rumah kelab MG ini di Sentul. Kumpulan berkenaan telah menunggang melalui KL menuju Putrajaya dan kembali ke Jalan Tun Razak.
Harley-Davidson Sportster adalah salah sebuah motosikal paling menyeronokkan yang boleh anda miliki. Ia menggabungkan gaya dan prestasi. Penyelenggaraan adalah sebahagian daripada pengalaman pemilikan motosikal. Ini mungkin menelan kos yang besar, jadi pakej dan diskaun amatlah dialukan. Harley-Davidson Petaling Jaya dan Harley-Davidson Pulau Pinang sedang menawarkan pakej diskaun dengan promosi ‘beli satu, percuma satu’. Teruskan membaca…
Kelab Motosikal Shadowfax Motorcycle Club Malaysia telah menyambut Deepavali dengan menganjurkan sebuah rumah terbuka. Kumpulan serta kelab motosikal dari seluruh Malaysia dan Brunei telah menghadiri rumah terbuka ini. Shadowfax juga turut menjemput kanak-kanak yang kurang berkemampuan.