Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencadangkan agar membenarkan orang ramai menggunakan e-bike di jalan raya awam bagi mengurangkan pencemaran udara. Menurutnya polisi baharu itu telah pun dipraktikan di China dengan lebih 4 juta pengguna menggunakan e-bike setiap hari di Shanghai. “Pastinya tahap emisi mereka akan menurun satu hari nanti,…
Tag: e-bike
SURU Inc. telah menggunakan komponen buatan Malaysia bagi membina motosikal scrambler elektrik pertama dunia. SURU telah membina motosikal mereka di Kanada bagi memastikan kualiti yang tinggi. Model SURU Scrambler ini praktikal bagi mobiliti dalam bandar dan juga kawasan desa.
Pengeluar senjata Russia, Kalashnikov akan menghasilkan motosikal elektrik bagi kegunaan pasukan polis dan juga tentera. Kalashnikov juga akan membekalkan motosikal ini untuk pihak penguatkuasa undang-undang sewaktu Piala Dunia 2018 di Russia. Pihak tentera berminat untuk menggunakan motosikal elektrik kerana ianya senyap dan tidak memerlukan bahanapi.
Banyak negara di seluruh dunia sedang dalam usaha untuk menghentikan pengeluaran kenderaan janaan petrol dan diesel menjelang tahun 2040. India, bersama dengan Norway mendahului usaha ini dengan sasaran untuk mencapai matlamat ini pada tahun 2025. Malaysia menyasarkan pengelektrikan berperingkat menjelang 2030.