Pasukan Aruba.it Racing – Ducati Superbike telah melancarkan jentera Ducati Panigale V4 R WorldSBK 2019 mereka. Penunggang mereka yang sedia ada, Chaz Davies akan disertai oleh penunggang baharu dan bekas pelumba MotoGP, Alvaro Bautista. Kejohanan WorldSBK musim 2019 menandakan kali pertama Ducati mempertaruhkan jentera janaan enjin V-Four.
Tag: Ducati Panigale V4 R 2019
Ducati telah memperkenalkan model Ducati Panigale V4 R 2019 sewaktu acara World Ducati Première 2019. Enjin 998cc-nya itu mampu menghasilkan 217hp, namun, dengan ekzos perlumbaan, ianya dipertingkatkan menjadi 231hp. Panel badan baharunya dilengkapi dengan winglet. Ianya hanya seberat 193kg, diisi penuh dan sedia untuk ditunggang.
Jentera Ducati Panigale V4 R 2019 telah membuat kemunculan sulungnya pada hujung minggu yang lalu sewaktu pusingan British Superbikes (BSB) di Litar Brands Hatch. Pusingan demonstrasi telah dilakukan oleh penunggang uji bagi pasukan MotoGP Ducati, Michelle Pirro. Motosikal Ducati Panigale V4 R 1000cc ini akan membuat kemunculan sulung perlumbaannya pada tahun hadapan dalam siri perlumbaan…
Motosikal Ducati Panigale V4 R 2019 telah dilihat sedang diuji di Jerez bersama dengan pasukan pengilang Ducati WorldSBK. Dibina untuk perlumbaan dan bagi mematuhi peraturan baru WorldSBK, varian R ini akan menggunakan enjin V4 1,000cc. Motosikal Panigale V4 R ini dijangka akan dilancarkan dalam bulan Julai sewaktu “World Ducati Week 2018”.