Syarikat pengeluar motosikal India, Royal Enfield diwar-warkan telah dirisik sebagai salah satu syarikat untuk mengambil alih Ducati. Semenjak skandal emisi diesel Volkswagen pada tahun 2015. syarikat itu telah mengupah Evercore untuk mencari pembeli yang berpotensi untuk pengeluar motosikal gergasi merah itu. Harga jualan syarikat itu itu boleh mencecah lebih daripada €1.5 billion (kira-kira RM7.1 Billion).
Tag: Ducati
Hari kedua acara amal ‘Ride for Jalil’ bersambung di Renaissance Hotel di Johor Bahru dimana satu majlis makan tengah hari berlangsung. Aktiviti-aktivitinya termasuk persembahan oleh Black dan Harith Iskander yang juga mengacarakan sesi lelongan barangan yang didermakan oleh skuad bolasepak JDT dan kelengkapan menunggang yang didermakan oleh Tunku Panglima Johor. Acara amal ‘Ride for Jalil’…
Sebagai sebahagian daripada acara amal ‘Ride for Jalil’, lebih 300 penunggang motosikal superbike dan motosikal berprestasi tinggi menjelajah sekitar Johor pada hujung minggu lalu. Matlamatnya adalah bagi mencipta kesedaran awam tentang kanser dan mengumpul dana untul Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor. Perjalanan ini telah diketuai oleh Tunku Panglima Johor dan Tunku Putera Johor yang bermula…
Motorcycle Innovation dari Australia telah menerima dana baru untuk membina model TS3 “Shockwave” terkini. Kerangka TS3 yang semasa dibangun daripada 2012 dilengkapi dengan ‘Triangulated Steering and Suspension System’. TS3 Shockwave terbaru akan menggunakan enjin Testastretta 1198cc Ducati dengan berat keseluruhan 110kg.
Pusingan MotoGP kedua menyaksikan satu lagi kemalangan yang melibatkan Andrea Dovizioso yang disebabkan oleh penunggang lain. Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) telah menyebabkan Dovizioso terbabas apabila dia cuba untuk memotong namun telah hilang kawalan bahagian depannya semasa cubaannya itu. Walaupun jelas Espargaro bersalah dalam hal ini, Dovizioso mengecam Danilo Petrucci kerana menunggang secara semberono…
Juara Dunia MotoGP 2016 Marc Marquez menjadi satu-satunya penunggang yang mencatat masa di bawah 1 minit 48 saat. Karel Abraham mengejutkan semua orang setelah bertarung untuk posisi pertama dengan juara MotoGP itu. Penunggang dari Britain Cal Crutchlow hanya 0.003 saat di belakang Abraham, meletakkannya di tempat ketiga untuk perlumbaan GP Argentina pada hari ini.
Chaz Davies meraih kemenangan sulungnya dalam WorldSBK bagi tahun 2017 dalam Perlumbaan 2 di Aragon semalam di atas jentera Ducati 1199 Panigale R-nya Kedua-dua penunggang Aruba.it Racing (Davies dan Melandri) mencatatkan kedudukan podium berganda dalam kedua-dua perlumbaan Jonathan Rea menyudahi Perlumbaan 2 di tempat kedua di hadapan Marco Melandri
Motosikal Konsep Mugen E.Rex telah diperkenalkan semasa Pertunjukan Motosikal Tokyo pada hujung minggu lalu Motosikal konsep off-road ini adalah satu kerjasama antara Mugen dengan Honda
Produk pewangi asli terkini untuk lelaki usahasama antara Ducati dan Diamond International Dikeluarkan untuk memperingati ulang tahun ke-90 pengilang Itali tersebut pada tahun lalu Tiga jenis produk yang tersedia adalah Eau de Toilette, gel mandian serta semburan deodoran