Tag: Ducati
Ducati Panigale V4 telahpun dilancarkan di pasaran seluruh dunia dan ramai yang bertanya tentang prestasi jentera superbike terbaharu dari Ducati. Ducati Malaysia telah menjemput kami untuk menyertai Ducati Riding Experience (DRE) di dalam litar SIC iaitu program DRE Racetrack Academy. Kami diberi peluang untuk mencuba jentera Ducati Panigale V4 S dan uji secara maksimum kehebatan…
Ducati telah memperkenalkan skema warna baharu bagi rangkaian Supersport. Versi standard akan hadir dengan warna Titanium Grey baharu. Versi S pula akan tetap dijual dalam warna Ducati Red dan Star White Silk.
Penunggang pasukan pengilang Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo akan bertarung dengan para penunggang yang lain di “The Race of Champions”. Acara perlumbaan ini akan berlangsung sewaktu “World Ducati Week” 2018. Acara ini akan diadakan dari 20 hingga 22 Julai 2018.
Ducati mungkin sekali telah mencipta motosikal Pikes Peak Ducati Multistrada 1260 2018 terpantas di dunia. Kedua-dua buah motosikal akan bertanding pada ‘Pikes Peak International Hill Climb 2018’ pada bulan hadapan. Beberapa buah pengubahsuaian telah dilakukan, termasuklah roda magnesium OZ Racing, ekzos buatan khas Termignoni, suspensi khas Öhlins, dan bermacam-macam lagi.
Ducati Malaysia dengan secara rasminya telah mengumumkan senarai harga terkini mereka dengan 0% GST untuk ke semua model semasa. Pengurangan bermula dari RM2,881 hingga RM27,672 untuk model-model yang berbeza. Harga baru ini akan berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018 sehingga notis yang seterusnya.