Boon Siew Honda ingin menjadi jenama paling laris di Malaysia bagi tahun 2019. BSH telah menjual hampir 156,000 buah motosikal pada tahun 2018. Dengan itu, mereka telah memegang 30% saham pasaran.
Tag: BSH
Boon Siew Honda telah melancarkan model Honda PCX Hybrid 2019, Honda Forza 300 2019, dan Honda CBR1000RR Fireblade 2019. Pelancaran ini diadakan di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018. Motosikal-motosikal ini adalah sebahagian daripada janji BSH untuk memperkenalkan 12 model baharu pada tahun 2018.
Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan skuter tebaharu mereka iaitu Honda Vario 150 2018. Honda Vario 150 telah dilengkapkan dengan spesifikasi menarik seperti lampu LED, meter panel LCD, sistem kunci pintar dan banyak lagi. BSH telah menetapkan harga Honda Vario 150 2018 dari RM7,199 hingga RM7,399 (harga asas tanpa insurans dan cukai). Boon Siew Honda…
Boon Siew Honda telah melancarkan skuter Honda PCX 2018. Model terkini menerapkan pelbagai ciri-ciri yang baharu. Honda PCX 2018 telah ditetapkan pada harga RM10,999. dengan 0% GST, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.
Boon Siew Honda telah melancarkan model CB1000R dan CB250R sebagai sebahagian daripada rangkaian Neo Sports Café mereka. Kedua-dua motosikal baharu ini menyertai model X-ADV dan Africa Twin sebagai sebahagian daripada tawaran ‘Big Bike’ Boon Siew Honda. CB1000R datang dengan harga dari RM74,999 dan untuk CB250R, dari RM22,999 (harga asas dengan 0% GST).
Honda BigWing Centre di Setapak telah mengeluarkan senarai harga terkini motosikal mereka dengan 0% GST. Bakal pemilik motosikal berkuasa tinggi Honda boleh menikmati penjimatan antara RM1,229 hingga RM4,739. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kunjungi mana-mana wakil pengedar rasmi Boon Siew Honda di seluruh negara.
Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya telah mengumumkan yang mereka akan memberikan hadiah Duit Raya istimewa yang bernilai RM400. Apabila anda membeli salah satu daripada lapan buah model terpilih, antaranya ialah Honda EX5 Dream Fi dan Honda MSX, anda layak untuk menerima tawaran ini. Bagi mereka yang mendaftar motosikal baharu mereka di JPJ dari 22…
Salah sebuah model motosikal Honda yang cukup terkenal, Honda EX5 telah diperbaharui dengan kemasan warna baru. Lebih daripada 2 juta buah unit Honda EX5 telah terjual sejak pelancarannya pada tahun 1987 Kemasan kroma dengan jalur garis retro membezakan model terbaru ini.