Tag: BMW
Enjin Boxer 1250cc serta motosikal yang telah dijananya telah dirombak semula pada setiap generasi. Dengan saingan sengit dari semua penjuru, ianya dikhabarkan bahawa BMW akan memperkenalkan model R 1250 GS pada tahun 2019. Model R 1250 RT yang baru telah dilihat menjalani ujian jalan raya.
Motosikal konsep BMW R1250 Global Sport Concept ini telah direka oleh Oberdan Bezzi. Direka sebagai sebuah jentera kembara yang lebih sporty, motosikal BMW R1250 ini mempunyai gaya yang lebih agresif dan lebih rendah. Dijana oleh enjin boxer sejukan udara 1,250cc, meredahi mana-mana muka bumi akan menjadi lebih mudah dan pantas.
Kebanyakan jenama Eropah menyaksikan peningkatan positif bagi tahun 2017. Peraih terbesar adalah BMW, KTM, Piaggio, dan Triumph (mengikut turutan huruf). Adakah ini kemunculan semula motosikal Eropah menandingi kekuasaan pengeluar dari Jepun?
Motosikal BMW S 675 R Concept ini telah dilakar oleh pereka industrial Nicolas Petit. Terdapat hanya segelintir sahaja pengeluar yang masih menghasilkan motosikal 600cc. BMW belum mengumumkan sama ada mereka akan menjinakkan diri dalam segmen supersport 600cc.
Satu gambar intipan yang menunjukkan sebuah motosikal yang mungkin sekali adalah motosikal dwi-sukan BMW F 850 GS 2019 yang sedang diuji. Walaupun model 2018 motosikal tersebut baru sahaja dilancarkan pada bulan November yang lalu, model yang baru ini dilihat ada beberapa perbezaannya. Model yang dikemaskini itu dijangka bakal diperkenalkan menjelang hujung tahun ini.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Bmw G 310 GS adalah motosikal adventure-tourer dalam rangkaian motosikal G. Ianya lebih cenderung ‘off-road’ berbanding dengan model G 310 R. Sesuai untuk penunggang berpengalaman, baru, mahu pun yang baru bermula kembali.
Sewaktu pertunjukan Motorcycle Live 2017 baru-baru ini di United Kingdom, BMW Motorrad telah memperagakan motosikal BMW R 1200 GS terbaru mereka dengan melakukan lompatan di tengah-tengah dewan berkenaan. Dengan berat sebanyak 274kg diisi penuh bahanapi, penunggang ‘off-road’ yang mengemudi motosikal itu membuatkannya tampak mudah dalam ruangan yang kecil itu, di mana menunggang motosikal biasa…
Motosikal TVS Apache RR310S 2018 bakal diperkenalkan dalam masa beberapa jam lagi yang mana pelancarannya akan dilangsungkan di India. TVS bersama dengan BMW Motorrad telah berkerjasama bagi membina motosikal lumba tahap permulaan terbaru ini. Dan oleh sebab ini, motosikal terbaru TVS Apache RR310S ini akan menggunakan enjin satu silinder 313cc yang sama boleh didapati…