BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan model BMW F 580 GS. Ia telah diperkenalkan di acara BMW Motorrad Nightfuel di Johor Bahru. Harganya masih belum diumumkan, namun, ianya akan mula disediakan dari bulan November 2018.
Tag: BMW Motorrad
Auto Bavaria BMW Motorrad telah menganjurkan sebuah konvoi buat para pemilik R nineT ke acara Distinguished Gentleman’s Ride 2018 di Melaka. Tiga puluh orang penunggang telah mengambil bahagian dalam tunggangan ini. Terdapat pelbagai aktiviti menyeronokkan telah diadakan selain daripada tunggangan tersebut buat para peserta.
Pesta penunggang terulung BMW Motorrad Malaysia – BMW Motorrad Nightfuel kini telah kembali. Untuk kali ini, ianya bakal diadakan di Puteri Harbour Front, Johor. Ada sumber-sumber yang membayangkan bahawa model F 850 GS bakal dilancarkan sewaktu acara ini.
Musim acara pameran motosikal telah bermula untuk tahun ini. Pelbagai pengeluar telah mempersembahkan model terbaru mereka sebelum bermulanya pertunjukan-pertunjukan ini. Namun, ada banyak lagi yang masih belum diperkenalkan.
BMW Motorrad dengan serta merta telah memperkenalkan secara rasmi model R 1250 GS dan R 1250 RT 2019 yang baharu. Kedua-dua buah motosikal ini akan dijana oleh enjin Boxer 1,254cc dengan Shift Cam baharu. Kedua-dua buah model ini juga akan dilengkapi dengan pelbagai penambahbaikan yang lain selain enjin tersebut.
BMW Motorrad akhirnya telah memperkenalkan model R 1250 GS dan R 1250 RT baharu yang hadir dengan enjin Boxer yang baharu. Enjin 1,254cc yang baharu ini adalah versi Boxer 4-injap yang kelima. Ia tampil dengan peningkatan kuasa dan tork sehingga 14%, beserta pengurangan penggunaan bahanapi sebanyak 4%.
Desas desus mengatakan bahawa model R 1250 GS yang baharu akan dijana oleh sebuah enjin Boxer baharu dengan pemasaan injap boleh laras. Satu video promosi telah muncul di atas talian mengesahkan khabar angin tersebut. Video itu juga telah menunjukkan bagaimana teknologi “Shift Cam” berfungsi serta rupa GS yang baharu.
BMW Motorrad akan mengeluarkan Sembilan model baharu bagi tahun hadapan dan salah satu jentera yang paling menarik perhatian adalah motor ‘supersport’ BMW G 310 RR. Motosikal varian sukan yang dikatakan berkaitan dengan BMW G 310 R dan G 310 GS juga berkongsi platform dengan motosikal TVS Apache RR 310.
Ianya telah diperkatakan oleh ramai bahawa BMW mungkin akan memperkenalkan enjin Boxer 1,254cc yang baharu. Enjin baharu ini dijangka akan menjana model R 1250 GS dan R 1250 RT yang baharu. Namun, CARB telah mendedahkan yang ianya akan menjana keseluruhan rangkaian “R”.