Azlan Shah Kamaruzaman telah mencatatkan masa terpantas semalam sewaktu ujian pra musim FIM ARRC 2018 di Buriram. Azlan, bersama pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing telah memacu jentera ZX-6Rnya mendahului penunggang dari Thailand, Decha Kraisart, dan seorang lagi penunggang negara, Zaqhwan Zaidi. Hari ke-2 ujian akan berlangsung pada hari ini di bagi mempersiapkan para penunggang…
Tag: arrc
Pasukan Honda Asia-Dream Racing Team telah dilancarkan secara rasmi pada awal hari ini bersama dengan penunggang handalannya, Zaqhwan Zaidi. Pasukan yang baru dibentuk itu akan memulakan persaingannya dengan menyertai All-Japan Road Race Championship 2018 dan perlumbaan ketahanan Suzuka 8-hour. Mereka kemudiannya akan mengalihkan tumpuan mereka ke arah kelas Superbike baru dalam siri perlumbaan Asia Road…
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah membekalkan motosikal perlumbaan yang diperlukan untuk para penunggang muda yang dipilih untuk menyertai program SIC “Impian ke MotoGP”. Beberapa buah unit motosikal jalan raya Kawasaki Ninja 250 SL yang telah ditala untuk perlumbaan yang akan digunakan oleh penunggang-penunggang tersebut untuk berlatih di bawah kelolaan Zulfahmi Khairuddin. Kawasaki Malaysia dikenali…
Lima penunggang muda telah terpilih untuk program “Impian ke MotoGP”, sebuah program yang dianjurkan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Penunggang yang berusia dari 13 hingga 15 tahun tersebut akan menjalani regimen latihan intensif yang diketuai oleh pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin. Dua penunggang terbaik akan diberikan peluang untuk bertanding di dalam siri perlumbaan FIM CEV Repsol…
Azlan Shah merupakan Juara ARRC 600cc bagi musim 2017. Dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang amat serius dalam kemalangan tersebut namun lidahnya memerlukan tujuh jahitan, selain kehilangan telefon serta wang. Azlan dijangka akan memulakan persiapan bagi musim 2018-nya dalam masa yang terdekat ini.
Pegawai SIC telah mengumumkan bahawa Petronas tidak akan menaja Hafizh Syahrin untuk Moto2 musim 2018. Desas desus itu akhirnya telah disahkan lewat semalam tetapi SIC juga telah mengatakan bahawa penunggang berusia 23 tahun itu akan masih berlumba pada tahun 2018 bagi sebuah pasukan Moto2 SIC yang baru ditubuhkan. Petronas hanya akan menaja penunggang Moto3 pada…
PETRONAS dan Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit – SIC) telah berganding bahu untuk menunbuhkan pasukan PETRONAS Sprinta Racing bagi membangunkan lagi masa depan sukan permotoran dua roda di rantau ini. PETRONAS Talent Development Programme (TDP) dan SIC Talent Development Programme (SICTD) telah bekerjasama bagi membantu dalam usaha berterusan untuk memupuk bakat muda. SIC akan…
Thailand telah mengesahkan yang mereka akan mula menganjurkan perlumbaan MotoGP untuk tiga tahun bermula pada 2018. Perjanjian ini telah dimeterai antara Sports Authority of Thailand (SAT) dan Dorna hujung minggu lalu semasa satu perjumpaan di Itali. Pusingan MotoGP Thai akan…
Baru-baru ini Danny Kent telah mengumumkan keberangkatannya dari pasukan Moto2 Kiefer Racing kerana kesukaran yang berpanjangan semenjak kemunculannya di Moto2 musim lepas. “Ia merupakan satu masa yang sukar sejak menyertai pasukan ini dan saya tidak rasa yang saya boleh capai potensi saya, jadi saya memutuskan untuk menarik diri.” “Ia mematahkan hati saya sebagai seorang manusia…